Monday, January 4, 2010

Pada cintanya 11&12

11


Alyaa sedang menemani Mila yang masih lena…Kesian rasanya melihat Lukman menjaga Mila dari kelmarin…Alyaa datang bersendirian ke hospital kerana Aidil perlu menghadari musyuarat tergempar hari ini..
Alyaa membuka bungkusan bunga yang dibelinya..Bunga Lily putih yang segar itu di masukkan ke dalam vas kaca..Alyaa mengusap-usap rambut adik iparnya..Dia serba salah..

“Kalau la akak tak pergi..Mesti perkara macam ni tak berlaku..”bisiknya perlahan dapat ditangkap Mila yang mula sedar..

“Kak Leya..”perlahan dan lemah panggilan itu…

“Mila..Mila dah sedar ya?Mila lapar kah?”Soal Alyaa penuh lembut..Mila meminta agar Alyaa menegakkan sedikit katilnya kerana dia berasa kurang selesa..

“Mila jangan banyak bergerak tau..Takut luka terbuka..”pesan Alyaa sambil menghadiahkan senyuman manisnya..Mila menarik Alyaa supaya duduk disebelahnya..Alyaa sekadar mengikut..Dengan tidak semena air mata Mila tumpah..Alyaa yang sedari itu menarik Mila kedalam pelukannya..

“Kenapa?Sakit ya?”tanya Alyaa lembut..Bagi Alyaa ini lah cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi Mila…

“Orang dalam pantang tak boleh stress..Kalau Mila sudi..Mila cerita dengan akak boleh?”Pinta Alyaa ikhlas..

“Mila..Mila salah anggap tentang akak..Mila salah dengan along..Mila tak patut layan along macam tu..Along tak salah pun kak..”Jelas Mila..

“Akak tak faham masalah Mila dengan Along..Tapi along tak pernah marahkan Mila..Dia sayang sangat pada adik-adiknya…Akak pun tak pernah marahkan Mila tau…”jujur Alyaa..

“Mila tahu..Kalau tak masa akak layan Mila sebegini sedangkan Mila berperasangka buruk pada akak..”tekan Mila yang kesal dengan perbuatannya..

“Dah-dah..Jangan nangis lagi…Tiada apa yang perlu Mila kesalkan..Lagipun Mila dah sedar kesilapan Mila kan?Mila boleh mintak maaf bila-bila masa saja..Insyaallah mereka akan maafkan..”terang Alyaa menenangkan perasaan adik iparnya..

“Mila dah tengok anak?”tanya Alyaa menarik perhatian Mila.Mila sekadar menggeleng..

“Emm tak pa karang akak tanya dokter..Mila take rest dulu..Tidur sekejap lagi ok?”pemintaan Alyaa diterima..Alyaa membetulkan posisi bantal Mila supaya dia selesa…


“Amacam Mila?”soalan itu di tanya Ammer kepada Aidil..

“Aku telefon Leya.. dia kata emosi sikit..Mila rasa bersalah..”jelasnya serba sikit..

“Kau dengan Leya ok?”tanya Ammer..

“Alhamdullilah..Aku semakin hari semakin sayang kat dia..Dia memang seperti yang aku idamkan..Walau apa pun berlaku dia tetap yakin dengan aku…Itu yang bertambah sayang..”jelasnya senyum membangga..

“Ewekk.,..Nak temuntah le..Kau ni memang angau tahap apa ntah aku pun tak tahu..”usik Ammer..

“Kau tak tahu Mer..Cuba kau kahwin dulu..Nanti baru lah nikmat..Tak main la cintan cintun macam ni..Tengok aku..Kahwin dulu baru mula bercinta sakan..”ucap Aidil sambil menepuk dadanya..Ammer sekadar mencebik..

“Dah la kau ni..Makin hari semakin teruk le....”ejek Ammer..

“Nanti kau kahwin agaknya teruk dari aku ni agaknya..Sibuk nak ejek orang konon..”peril Aidil..Mereka akhirnya tertawa…

“Aku ingat nak bawak Alyaa pergi umrah la.. Pastu pergi la honey moon..”rancang Aidil..

“Wow..Hebat…Best jugak tu..Kurangkan stress kerja..Aku ikut boleh?”usik Ammer..

“Boleh blah la kau Mer…Ade orang nak pergi berbulan madu dia nak ikut pulak..”bising Aidil dengan gurauan Ammer itu..

“Demi cintaku pada mu…Ke mana pun kau kan kubawa..Kehujung dunia…Kebintang kejora…Demi cintaku padamu..Kukorbankan jiwa dan raga..Biarpun harus kutelan..Lautan bara..Bulan madu di awanbiru..Tiada yang mengganggu..Bulan madu di atas pelangi..Hanya kita berdua…Mengecap nikmat Cinta…..”Ammer mengusik dengan menyayikan lagu fantasia bulan madu sambil berlalu keluar ke dari pejabat Aidil..Aidil hanya ketawa mendengarnya..

“Macam katak panggil hujan kau tahu..”pekik Aidil…Ketawa lagi..

“Assalamualaikum…Mila dah ok ke?”soalan itu ditanya mamanya yang baru sampai..

“Ma Mila so sorry..Mila dah melampau..Inilah balasan Mila kan ma..”ucap Mila apabila terpandang raut wajah wanita yang mengasihinya..

“Syukurlah Mila sedar sayang..Sesungguhnya tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan sayang..”ucap mamanya sambil mengucup pipi anaknya itu..

“Assalamualailkum..”salam diberi oleh Aidil yang bersama Madi adiknya..

“Kau ni terukkan cuai sangat…”sampai saja Madi mula membebel..

“Madi..Adik kamu tu tak sihat lagi tau..Tak baik cakap macam tu..”Alyaa memarahi lembut adik iparnya itu…Madi sekadar diam seketika..

“Alyaa dah makan ke?”tanya Aidil yang sedang tadi berdiam diri..Terlupa bersapa dengan Alyaa yang sibuk membantu menjaga adiknya Mila..

“Abang dah makan ke?”tanya Alyaa kerana sepatutnya dia yang bertanya terlebih dahulu…Aidil memgeleng..Alyaa mengeluh dengan gelengan suaminya kerana masih belum makan lewat petang bergini..

“Emm mama duduk sini sampai petang ke?Alyaa nak pergi temankan anak mama ni makan la..Teruk betul dah pukul tiga tak makan-makan lagi..”Bebel Alyaa..Ibu mentuanya hanya mengeleng melihat pasangan itu sambil tersenyum melihat kebahagiaan mereka..Aidil yang mendengarnya begitu seronok..

“Leya nak makan apa-apa tak?”soal Aidil setelah mengoder makanan kegemarannya..

“Tak nak la..Leya tadi dah makan dengan Mila..Leya Cuma nak temankan abang je..”ucap Alye membuatkan Aidil tersenyum bangga..

“Baik betul isteri abang..Bertuah betul abang..”jawabnya penuh bangga..

“Abang..Apa masalah Mila dengan abang selama ni?”Aidil yang sedang enak menjamu selera terhenti setelah mendengar persoalan itu..

“Kenapa tanya?Selama ni Leya tak pernah nak tahu pun?”Aidil menduga..

“Emm Leya mintak maaf..Leya tak patut tanya…”kata-kata Alyaa penuh kesalan..Kesal pula dia bertanya..Mugkin perkara itu terlalu peribadi sampai Aidil masih mahu berahsia darinya…Tapi lain pula yang terjadi..Aidil ketawa melihat isterinya yang tertipu dengan lakonannya..

“Kenapa abang ketawa?”tanya Alyaa pelik…

“Isteri abang ni teruk betul la..Abang main-main je la..Kitakan suami isteri..Abang tak patut merahsiakan apa-apa..”jawabnya yang akhirnya dibalas cubitan dari Alyaa..

“Sebenarnya..Mila dulu marahkan abang sebab….”terhenti seketika ayatnya…

“Perlukah aku cerita?”soalnya sendiri takut isterinya salah anggap pula..

“Abang taknak cerita dah la..”Alyaa menarik muka masam..

“Main-main pula..Tadi kata tak nak berahsialah itulah inilah..”ngomelnya lagi…Aidil tertawa mendengar ngomelan isterinya..

“Alyaa ni..Abang belum pun cakap Leya dah merajuk..Macam mana ni?Ok..ok Abang bagi tahu..”Aidil bersuara sambil membetulkan kedudukan..

“Pasal Mira bekas tunang abang…Mila ingat abang yang tinggalkan Mira..Mereka sahabat baik sejak kecil..Entah kenapa lagi seminggu kami nak berkahwin dia larikan diri..Mila salahkan abang tentang ini..”terang Aidil..

“Mira?”Alyaa mengulang Aidil sekadar mengangguk..Aidil kelihatan termenung seketika..

“Dia mungkin masih berada dihatinya..Mungkinkah aku sekadar penganti sementara?Bagaimana aku jika Mira kembali ke hatinya”Alyaa bermain dengan kata-kata di dalam hati..Entah mengapa dia berfikir sebegitu..

“Sayang..Sayang fikir apa ni?”Aidil menegur setelah isterinya senyap tiba-tiba..Runsing tiba-tiba meyelebungi hatinya..

“Takda apa la bang..Emm abang habiskan makan tu..Tak baik tolak rezeki..”Alyaa sekadar menutup kerunsingan hatinya….Disambut seyuman Aidil..

“Emm abang ada satu lagi rahsia..”aidil meletakkan garfu dan sudunya..Dan mengeluarkan sampul surat untuk di berikan kepada Alyaa..

“Ehh apa ni?”Alyaa tertanya-tanya..Dia mengeluarkan sesuatu dari sampul surat dan membacanya..

“Mean??”Alyaa masih tertanya-tanya..Suaminya tergelak melihat reaksi Alyaa sememangnya Aidil mempunyai niat untuk membawa isterinya membuat umrah dan kemudian berjalan ke New Zealand..Alyaa gembira mendengar penjelasan suaminya dan bersetuju untuk ke sana..









12


“Alhamdullilah…Rasmi juga Café Adia ni kan kak…”Diah bersuara gembira dan Alyaa membalas dengan angukkan..

“Tempat strategik lepas ni untung lebih la Diah..”Kali ini kata-kata perangsang dari abang iparnya Aidil..

“Semua ni sebab abang Aidil la kan?Thanks sangat kat akak dan abang..Kalau tak masakan Diah Berjaya..Oh yaa..Lepas untung Diah bayar duit abang untuk semua-semua ni..”panjang lebaar Diah berkata..

“It’s ok Diah..Abang bantu Diah sama seperti abang ingin merialisasi impian mak..”Alyaa terkejut mendengarnya..

“Mana abang tahu ni impian mak?”kali ini tanpa was-was Alyaa bertanya..

“Diah cerita kat abang..Ni kan tempat mak berniaga dari keturunan yang lalu..Mak nak sambung warisannyakan..Walaupun nama dan coraknya berbeza..Ya kan?”Alyaa mengangguk senang hati..

“Terima kasih bang…”Alyaa member ucapan sambil mencium lembut tangan suaminya..

“Tapi bang…Walau macam mana pun..Banyak ke tak..Diah nak bayar juga…Diah dan keluarga banyak berhutang budi…Tak sanggup Diah makan free je..nanti kalau orang tahu orang salah faham..Please bang Aidil?”Diah menyampuk..

“Emm ok..Tapi cukuplah separuh..Abng pun nak menyumbang juga..”Aidil berkata sambil tersenyum..

“Ye lah cakap pasal mak…Kenapa mak dengan ayah tak datang Diah?”Alyaa pula menyampuk..

“Ya Allah..Diah lupa..Mak ada call tadi…Mak kata ada tetamu tiba-tiba datang..So tak dapat la kesini..Lagipun ayahkan sakit kaki..Diah tak bagi lah ayah memandu..Penat nanti..”kata-kata Diah disambut anggukan kaka dan abang iparnya..

“Mak suruh akak call dia nanti.. panting katanya..”sambung Diah.

“Kenapa pula?Apahal?”soalan Alyaa dijawab dengan bahu terangkat tanda Diah tidak tahu kenapa..
Sekembali Alyaa ke rumah“Assalamualaikum mak?”Salam diberi tatkala panggilan telefonnya dijawab…

“Waalaikummusalam Leya..”Jawab Hajah Fatimah..

“Mak..Diah kata mak suruh Leya call mak..Kenapa?”Alyaa bertanya dalam nada runsing..

“Macamana dengan majlis perasmian?Maaf la mak tak dapat hadir…”ujar Hajah Fatimah kepada anaknya..

“Alhamdullilah…Semuanya berjalan lancar..Tadi masa Leya balik..Ramai yang nak amik tempahan..Nampaknya idea mak suruh Diah buat bakery di café menjadi mak..Mama pun memuji tadi..”ujar Leya panjang lebar..

“Baguslah…Syukur sangat..”maknya menyambung.

“Diah kata ada orang datang jumpa mak siapa?”Alyaa bertanya lagi..Tapi soalannya masih belum dijawab ibunya..Kedengaran keluhan ibunya.Seperti berat kata-kata yang ingin di sampaikan..

“Kenapa mak?Siapa orang tu?Ada kena mengena dengan perkara yang mak nak sampaikan ke?”Alyaa menduga..

“Leya..Leya perlu terima dan menghadapi perkara ini ya?”kata-kata ibunya cukup menakutkan Alyaa..

“Apa maksud mak?”Alyaa menduga..Aidil yang tadinya berlalu kedapur mengambil minuman untuk membasahkan tekaknya kini berada disisi Alyaa di ruang tamu…

“Mereka..Mereka datuk dan nenek Leya…”sepatah=sepatah perkataan yang keluar dari mulut emaknya itu..

“Mereka cari Alyaa…”Alyaa tergamam mendengar kata-kata emaknya lagi..

“Kenapa?Kenapa baru sekarang nak cari?Mak leya tak mahu dengar yang selanjutnya..Leya mintak maaf mak… leya tak sedia..Leya rasa satu perkara yang berat akan mak ucakkan..leya tak sanggup mak..Mintak maaf mak…”Alyaa memutuskan panggilannya…Aidil pasti ada kerungsingan yang membelenggu Alyaa..Aidil menarik isterinya kedalam pelukan tat kala Alyaa kelihatan sebak menahan perasaan…Alyaa menangis dalam pelukan itu..

“Alyaa belum sedia nak tahu tentang mereka bang..Alyaa takut…”Alyaa melepaskan keluhan berat yang meyebabkan dia menangis…Aidil tidak berkata apa sekadar memberi ruang untuk ALyaa berasa dilindungi olehnya..


“Timah dah telefon Leya?”Soalan itu diberi Haji Rasyid..

“Dah…Tapi Leya letak sebelum Timah jelaskan..Dia kata dia belum sedia lagi…”jawab isterinya itu..

“Biarlah Timah..Dia perlu waktu…Engku Nadim kata dia sendiri akan cari Alyaa..Biarlah masa dan waktu menentukan..”Kata-kata itu disambut anggukan Hajah Fatimah..

“Tapi Timah risau la bang..Betul ke niat Engku Nadim tu?”katanya was-was..

“Timah tak baik anggap macam tu..Mereka dah berubah Timah…”Haji Rasyid begitu yakin….

“Timah betul-betul berharap…”Kata-kata itu diluah penuh harapan..