Friday, October 9, 2009

Pada cintanya

Pada Cintanya..


1


“Ya Allah ya Tuhan ku..Berikanlah hamba mu ini pertunjuk..berikanlah hambamu ini kekuatan sesungguhnya dikau maha mengerti dan memahami segala situasi yang terjadi terhadap hambamu ini.. Jika memang ini jalan penyelesaian terhadap hubungan kasih ku dengan dia aku reda ya allah… Semoga dikau memberikan aku jodoh yang direstui oleh mu ya Allah.. Amin..”itu lah doa Alyaa setelah menyelesaikan solat hajat dan isthikarahnya…Bagi Alyaa tiada lagi tempat untuk dirinya memohon dan meminta petunjuk melainkan kepada yang maha pencipta..

Hubungan kasihnya bersama Ammal Warith dihalang keluarganya kerana keterlanjuran Ammal dengan setiausaha sendiri…Kekecewaan memang melanda diri Alyaa.. Tapi ini adalah lumrah manusia yang alpha terhadap dirinya sendiri.. Sudah beberapa kali Dato Khalil dan Datin Malia meminta Alyaa agar memujuk Ammal berkahwin dengan Linda setiausaha itu..ALyaa memahami keinginan kedua orang tua ammal yang mahukan anaknya bertanggungjawab akan kesilapan itu…Marah,benci kesal merupakan perasaan yang terbuku di hati Alyaa..Apatah lagi ingin memaafkan kesalahan Ammal.. Harapan ingin berkahwin yang diberikan Ammal kepada Alyaa setelah hampir lima tahun hubungan cinta bersemi kini hancur… Alyaa sanggup untuk membebaskan Ammal dari dirinya kerana tak mahu dibelenggu perasaan benci..Namun Ammal tetap tidak mahu melepaskan dirinya..Buntu seketika…

“Entah la Emma..aku tak tahu nak buat apa lagi…Buntu..buntu sangat..”sayu kedengaran nada luahan Alyaa kepada sahabat baiknya Emma Audia binti Dato Kamal..

“Kesian kau Leya..Aku tak paham betul la si Ammal tu..Becinta bagai nak rak..tapi akhirnya… eishh geramnya aku..”luah Emma simpati akan nasib sahabatnya itu…

“Habis kau nak buat apa sekarang?”Tanya Emma inginkan kepastian.

“Aku tetap nak hentikan hubungan ini…Aku dah tak larat Emma…Aku harap ada caranya untuk aku hentikan semua ini. Aku dah la masalah dengan kerja..Mana nak tolong adik aku tu lagi.. Nak dapatkan tempat tu …Selagi tak dapat tak mula la bisnes dia.”hati Alyaa berkecamuk dengan pelbagai masalah yang melanda dirinya.. Emma yang memang rapat dengan dirinya sejak zaman persekolahan mereka lagi..Walaupun Emma anak orang kaya dirinya tahu akan pinjaman sementara itu untuk keluarganya..Baginya nama ,pangkat atau kekayaan dirinya adalah pinjaman semata-mata..Begitu indah peribadi anak Dato Kamal dan Datin Aminah itu..

“Senang-senang kau cari penganti dan kahwin je terus..”usikan Emma sekadar ingin menenangkan hati Alyaa..Alyaa hanya tergelak dengan kata-kata Emma..

“ Ok la Emma nanti Aku call kau lagi..aku nak pergi ke syarikat tu lagi nak Tanya perkembaangan pemohonan aku tu.. Assalamualaikum..”talian telefon diputuskan..
Kunci kereta wira dicapai Alyaa..Rumah dipastikan berkunci..

Alyaa harus pergi ke Malsiq Holdings untuk bertanyakan pemohonannya yang masih belum ada khabar berita.. Pemohonan Alyaa yang ingin mendapatkan sebuah kedai untuk adiknya.. Haji Rasyid dan Hajah Fatimah merupakan orang yang paling Alyaa sayang ..Mereka telah membesarkan anak yang diamanahkan sahabatnya 18 tahun yang lalu ketika itu Alyaa baru berusia 7 tahun..

Tiada bisa ku lupa…Saat yang indah, yang terindah
Yang kita lewati bercinta
Semua kebiasaan….Yang kita lalui berdua
Kini jadi puing kenangan
Sebab engkau telah pergi….Sambil menangis kau katakan
Kau tak akan pernah kembali
Dan dapat ku pahami….Satu alasan yang kau beri
Apa yang mereka ingini
Segala yang terbaik untukmu
(Sendiri aku dalam gelapku
Tiada satupun menemaniku)

Jika itu memang terbaik, untuk dirimu
Walau berat untukku, berpisah denganmu
Hapus sudah air matamu, aku mengerti
Ini bukan maumu, ini bukan inginmu

Berkumandang di radio lagu bertajuk Jika Itu Yang Terbaik dinyayikan kumpulan Ungu itu diamati Alyaa..Setiap rangkap dan lirik lagu itu telah menitiskan air mata dipipi Alyaa.. memgenangkan nasib cintanya yang tak kesampaian namun begitu di tetap dengan hatinya yang ingin mengakhiri perkara ini secepatnya..

Di Malsiq Holdings….
“Kau tahu la mama aku..Mana boleh bantah cakap dia Mer..Ni sekarang dah nak mengugut aku pulak..Katanya kalau aku tak cari jodoh sekarang dia nak aku kawin jugak dengan Sarah tu…Kau tahu la sarah tu kan.. Siap bagi aku tempoh sebulan pulak…”luahan hati Tengku Shahriz Aidil terhadap sepupunya Megat Ammer Izwan..

“Ayah engku macam mana?”soal Ammer pula..

“Ayah aku lagi la sokong mama aku..siap kata kalau aku tak kahwin.. aku tak dapat syer Delima Holdings yang ayah aku nak bahagi-bahagikan tu..Aku bukan nak sangat syer tu tapi aku kan dah dipertanggungjawabkan..jatuh la maruah aku kalau salah seorang anak pemilik Delima holding tak dapat hak itu..”panjar lebar penjelasan Aidil..kata-katanya disambut tawa besar Ammer..
“Senang-senang kau kahwin je dengan Sarah tu…”usik Ammer..Pembualan mereka diganggu dengan ketukan pintu..Dan muncul setiausaha Aidil bernama Siti..

“Tengku..Cik Alyaa yang call semalam dah sampai..Dia nak jumpa Tengku..”ujar Siti..

“Ok suruh dia masuk..kau stay je situ..kita tak habis borak lagi.”ujar Aidil ketika menyaksikan Ammer yang bangun seperti mahu beredar..

“Assalamualaikum..”salam disampai Alyaa dan disambut oleh dua orang yang berada dipejabat itu..Agak segan Alyaa memandangkan lelaki yang akan dihadapinya..Aidil berdiri memperkenalkan diri..

“Saya Aidil dan ini Ammer ..”ujar Aidil dan Alya turut memperkenalkan diri..

“ohh..berkaitan dengan tempat tu ya Cik Alyaa..Ok pengurus yang Cik Alyaa jumpe tu ada bagi tahu saya tentang ni tapi saya dapat tahu yang Cik Alyaa tiada modal yang cukup untuk memiliki tempat tu.. “panjang lebar penjelasan Aidil..

“Saya faham tentang tu Encik Aidil..Tapi saya perlu tempat tu kawasan yang strategik sesuai untuk peniagaan..Pasal modal saya masih tengah usahakan..Cuma saya harap saya dapat jaminan untuk menjadi pemilik tempat tu memandangkan ramai berminat..”jelas Alyaa..Terpegun seketika Aidil setelah mendengar kelincahan lidah gadis yang tidak dikenalinya itu..

“Macamni lah Cik Alyaa..Biar kami pastikan tentang perkara ini.. Kalau ada apa-apa perkembangan akan kami berikan pada Cik..Emm Cik boleh tinggalkan nombor telefon supaya kami boleh berhubung dengan Cik..”penjelasan itu diberikan Ammer setelah mendapati Aidil yang dari tadi senyap seribu bahasa..Alyaa pun berlalu pergi selepas meninggalakan nombor telefonnya dan mengucapkan terima kasih kerana menerima temujanji mereka hari ini..

“Woi..Dah-dah la tuh..”teguraan itu mengejutkan Aidil..

“Bukan ape Mer..Mulut dia lincah betul…jarang aku jumpa perempuan mulut lancar macam ni…”jelas Aidil yang malu ditegur sebegitu..

“Cuba kau fikir-fikirkan mana tahu awek ni boleh tolong kau..”slamber kata-kata Ammer sambil berlalu keluar dari pejabat Aidil..kata-kata itu menghamburkan tawa dari Aidil..


















2



“Aidil macam mana dengan cadangan mama?”ujar Tengku Mariyam..

“Ma ,biarlah Aidil cari sendiri..Mama tak perlu ambil tahu tentang semua ni..”jawab Aidil..

“Tak perlu ambil tahu kamu kata?..Aidil kamu tu dah besar panjang..Umur pun dah 27 tahun..Dah patut kahwin sekarang tahu..Tengok kawan-kawan seusia kamu semua dah bebini..Kawan-kawan mama semua dah bercucu..Nak harapkan adik kamu semua masih belajar tahu..”bebel mamanya panjang..

“Susah-susah kamu kahwin je dengan Sarah..Kamu pun dah lama kenal dia..Membesar pun sama-sama..Kamu nak?”tambah mamanya lagi…

“Ma please ma not her..”spontan ayat itu keluar dari mulut Aidil..

“Sarah Nadera anak Dato Mustafa…orangnya manja melampau..kerjanya hari-hari keluar malam balik siang…Mama nak aku kahwin dengan dia..huih x sanggup aku..”ngomel Aidil dalam hati..takut diluah nanti kecik pula hati mamanya..Kerana Sarah itu anak kepada kawan karibnya Datin Rosnah..

“Habis tu sapa?Kamu nak mama cari yang lain?..Boleh..Esok mama carikan..”kelu lidah Aidil mendengar kata-kata mamanya..Baginya gadis mana pun tentu anak kawan-kawannya..Pasti susah kehidupannya nanti..Aidil terperangkap mencari-cari alasan yang mampu mengikat situasi tegangnya..

“Aidil…aidil.. Aidil dah punya calon isteri ma..”meluncur laju ayat yang diberikan…Mamanya terkedu mendengar..

“Hah siapa?Bagaimana orangnya? Anak siapa? Alhamdullilah bagus la kalau dah ada calon..” Tengku Iskandar Yussuf memecah suasana bualan anak dan ibu..

“Dia..Dia.. Dia cuma orang-orang biasa ayah.. emm dia.. Nama dia Alyaa.. Aidil berkenalan dengan dia pasal urusan jual beli di syarikat.. Orangnya baik..Dia seperti yang Aidil inginkan.. Ayahnya Cuma seorang bekas polis.. Tapi ayah tak kisahkan dengan semua itu..”semua-semua yang dikatakan mengambarkan gadis yang baru saja dikenalinya seminggu yang lalu.. Entah mengapa Alyaa menjadi pilihannya untuk menyelesaikan persoalan mamanya…

“Ayah tak kisah semua itu tapi bawalah dia kesini..biar mama kamu kenali dirinya..”ujar ayahnya tenang..

“Mama Cuma mahu kamu berkahwin dengan gadis yang elok latar belakangnya,..Bawalah dia jumpa mama dulu..Mama nak kenal juga gadis itu..”ujar mamanya walaupun sedikit terkilan kerana anaknya sudah mempunyai pilihan hati sendiri..

“Terima kasih ma..Ayah..insyaallah Aidil akan bawa dia jumpa mama dengan Ayah..tapi biar lah dulu..Aidil Belum lagi beri tahu Alyaa tentang niat Aidil ni..”kata-kata itu sekadar menyembunyikan keadaan sebenar..Dalam hati Aidil begitu tertekan kerana memulakan semua ini..

“Diah..akak dah cuba..tapi orang tu kata dia akan pertimbang perkara ni.. Diah jangan risau kawan kakak salah seorang perkerja disitu tau..”bohong Alyaa sekadar ingin menenagkan hati adiknya Nur Adia..

“Tak pa la kak..Kalau ade rezeki tak kemana..”ucap adiknya penuh sopan..

“Ayah rasa nak jual la tanah rumah kat kampung tu Leya.. Senang sikit uruskan benda-benda yang kamu nak urus tu..”ucap bapa angkatnya Haji Rasyid..

“Betul tu Leya susahkan Leya je..kalo ayah kamu jualkan semua ni senang sikit urusan kamu adik beradik..”kata-kata Hajah Fatimah menyentuh perasaan Leya..

“Apa ni mak..ayah..Mak dengan ayah tak percaya Leya ke? Biarlah Leyya uruskannya sendiri..Lagi pun Diah ni nak usahakan sesuatu yang membagakan kita semua.. Nak tolong elokkan kehidupan kita..Mak dengan ayah besarkan Leya..Takkan balas jasa dengan bantu Diah pun tak boleh ayah…”tegas kata-kata Alyaa..Dia tak mahu keluarga itu merasakan bebanan lagi..Sejak dirinya berusia 7 tahun lagi dia dibela tanpa rasa kesusahan..Diberi kasih sayang..Di beri pelajaran sampai ke Universiti.. Dia tidak mahu memberikan kekesalan terhadap ayah dan ibunya yang membesarkannya sebegitu baik..

“Sejak mama tinggalkan Leya dengan mak dan ayah..Leya tak harap punyai keluarga lain..Leya cuma ada ayah dan mak saja..Izinkan Leya membantu mak..”sayu kedengaran ayat yang diluncurkan..

“Leya harus ingat mama yang lahirkan Leya tetap ibu kandung Leya..Seandainya dia kembali kepada Leya jangan pernah menduga diri mama seakan orang jahat bagi Leya..Dia punyai alasan yang kukuh untuk Leya..Dia cuba melindungi Leya..Faham..”ucap ayahnya yang tidak mahu Leya menjadi seorang anak yang derhaka..Baginya untuk menceritakan hal sebenar biarlah menjadi tugasan mama yang melahirkan Leya..Engku Aisya Malissa bertanggungjawab kerana dia ibu sebenar Alyaa.. Dia cuma membesarkan dan mengajar ajaran agama yang cukup seperti yang diamanahkan..Tengku Alyaa Qalilah binti Tengku Adnan Ibrahim adalah nama sebenar anak yang dibelanya itu .Namun bagi Alyaa cukuplah namanya tanpa perkataan tengku …Kerana baginya tidak nampak kesempurnaan diri dengan namanya itu ..

“Maafkan Leya ayah..Leya akan mengigati semua ini…”ucap Leya sedar akan keterlanjurannya..
Leya melihat skrin di telefon hamper 200 lebih panggilan yang diterima..sememangnya Ammal masih mahu menggangunya.. Walaupun dia sudah menikahi Linda..Satu lagi panggilan masuk teryata dari orang yang sama.. Alyaa mengumpul kekuatan untuk menjawab segala kemungkinan..

“Assalamualaikum..”bergetar suara Alyaa menjawab..

“Walaikumsalam Alyaa sayang..Alyaa maaf kan Mil..Mil dosa..salah pada Leya..Leya beri kesempatan untuk Mil..tolong Leya..”bersungguh-sungguh Ammil meminta..

“Awak tak berdosa pada saya..Awak berdosa pada yang maha esa..Awak tak salah pada saya..Awak bersalah pada Linda..Awak taburkan harapan untuk dia…Saya tak minta apa-apa..Saya cuma mahu awak berbahgia..Saya mahu awak menjadikan perkahwinan ini benar untuk awak..Tinggalkan saja kenangan kita selama ini..Sudah memang bukan jodoh kita..Tolonglah betulkan segala kekusutan ini ya..Ini saja yang mampu saya harapkan dari awak..Saya doakan kebahagiaan awak..Doakan juga kebahagiaan saya.. Assalamualaikumm..” panggilan diputuskan luncuran ayat ibarat air terjun yang mencurah tanpa henti hingga menghalang sepatah kata-kata yang hendak Ammil luahkan…Alyaa mengharap agar kata-katanya mampu membuka ruang hidupnya kembali tenang.. Lega rasanya dapat luahkan segala terbuku didada.. Semakin senang rasanya ingin melupakan segala yang terjadi..








3


“Macam mana ni Mer…Aku buntu..Aku terpaksa cakap begitu..Aku takda point lain..Lepas je aku bagi tau aku dah ada calon..terus mak aku senyap..Ayah aku pula setuju…hish peningnya kepala otak aku nih…”kerunsingan Aidil disambut tawa riang dari Ammer..

“Kau ni memang suka cari masalah la..Yang kau memandai cakap macam tu siapa suruh?..Dah tu sapa calonnya?”Tanya Ammer mahu kepastian..

“Alyaa…”sepatah itu yang dijawabnya..

“Alyaa?? Alyaa mana? Setahu aku kengkawan and ladies yang kau kenal takda nama Alyaa..Siapa
pulak ni… eh..eh..wait..wait the minute.. Alyaa.. you mean…That girl?”panjang lebar pengulasan dan akhirnya soalan..

“Yes..Aku teringatkan dia..Dia alasan yang aku buat tanpa sedar..”jawab Aidil..

“Wait.. kau tak kenal langsung dia..Jumpa pun baru dua kali.Pastu kau boleh jadikan dia watak utama cerita kau..Kau ni biar benar? Ke kau dah tangkap cintan dengan dia?”soal Ammer pinta kepastian..

“Huih kau ni ada sampai ke situ..Aku dah cakapkan..aku takda idea time tu..Tu yang main sebat je.. Sekarang ni kau nak tolong aku selesaikan ke tidak?..”jelas Aidil sungguh..Tetapi di dalam hatinya memang sengaja kerana dia mula tertarik akan gadis bertudung bernama Alyaa itu..

“Ye..ye..Aku pikirkan kejup..emm..emm…Hah…Kau Ingat tak apa yang dia perlukan?.. I mean tujuan dia hari tu?”sepantas kilat soalan diaju..

“Emm yup..Why?”Tanya Aidil kembali..

“Emm dengan itu kau try la mintak persetujuaan dia kahwin dengan kau..Amacam?”idea yang diberi tidak tercapai ke akal Aidil..

“Gila apa? takkan tiba-tiba aku nak mintak kahwin pulak..?”selamber kata-kata Aidil..

“Kau ni belajar sampai ke overseas tapi ngok ngek..Kau janji la dengan dia..Kahwin dengan kau..Pastu kau bantu dia dengan projek yang dia nak buat tu…..ok ..aku ada kerja lain.. Kau pikirla sendiri baik-baik..Ini je idea aku boleh bagi..Tapi ingat ni yang sebelum kahwin..Yang selepas kahwin itu kau pikir sendiri or mintak la pendapat dia..Caww beb”panjang lebar Ammer disambut dengan senyuman penuh makna Aidil..Tak terpikir pulak dia tentang semua ini..

Satu ketukan dipintu bilik yang tertera nama Alyaa Qalilah..Dia bertanggungjawab terhadap urusan perakaunan di syarikat Krilla Ship Cooperation Holdings..

“Cik Alyaa..Emm ini fail yang Cik Alyaa kena sahkan..Dan..Cik Alyaa ade orang tunggu Cik Alya..Dia kata penting..”ujar Shida kerani syarikat itu..

“emm ok..Thanks kak Shida..”ucap Alyaa..Namun Alyaa sedikit musykil..siapa pula nak jumpa dengannya tengah hari begini..Alyaa turun ke lobi setelah siap dengan tugasannya.. Alyaa tak sabar ingin ketahui siapa yang ingin jumpa dengannya.. Tergamam seketika..Dia Ammil..Buat apa lagi dia disini..

“Maafkan Mil..Mil tak tenang selagi tak jumpa Leya..”Ammil memecah keheningan itu..

“Mil saya dah kata kan tiada apa-apa lagi sebab untuk awak mintak maaf dan berjumpa dengan saya..Please saya rayu hentikan semua ini..”rayu Alyaa yang rimas digangu dengan hal yang tak sudah..Tetapi dengan tiba-tiba,,..

“Cik Alyaa..”kedengaran suara yang pernah didengarinya..Alyaa memalingkan tubuhnya dan menyaksikan seseorang yang mungkin dapat membantu dirinya lepas dari kebuntuaan itu..

“Encik Aidil…Encik buat apa disini?..”Tanya Alyaa penuh dengan suara yang ceria tidak seperti ketika dia sedang bercakap dengan Ammil sebentar tadi..Ammil merasa seperti dirinya tidak diperduli..Bisik hatinya mungkin Alyaa sudah menemui seseorang yang lebih baik darinya…

“Saya sebenarnya nak jumpa awak..emm saya nak ajak awak keluar lunch sambil-sambil tu bincang pasal hal hari tu.Dan saya juga nak minta bantuan awak...Tapi kalau awak sibuk takpa la lain kali saja..”keterangan itu dijelaskan sambil Aidil merujuk kepada Ammil yang ada terconggok di belakang Alyaa.. “Kekasih dia kot?..”detik hatinya..

“eh tak..tak..saya tak busy pun..Oh ya..Ni kawan lama saya..Ammil..Ammil ni Encik Aidil..”Alyaa memperkenalkan mereka..Mereka bersalaman.. Alyaa harap dengan sebegini akan meruntuhkan harapan Ammil yang bukan-bukan..

“Em Leya..Emm Mil faham..Terima kasih atas segala-galanya..Mil harap Leya….”belum sempat Ammil habiskan ayatnya..Alyaa menyambung..

“Takpa Mil..Leya berharap sangat Mil bahagiakan Linda ye.. Maaf nanti kita jumpa lagi..Hope kite akan berkawan sampai bila-bila.. Saya pergi dulu adahal perlu diselesaikan dengan Encik Aidil..Assalamualaikum..”salamnya dijawab..Alyaa pantas berjalan setelah Aidil kelihatan menunggu di keretanya..

Alyaa kelihatan kekok semasa berada dalam kereta Aidil..Menaiki kereta seseorang memang selalu ..Tapi dengan rakan-rakan sepejabat dan Emma.. Manaiki kereta Honda milik Aidil yang tak pernah dikenalinya mendebarkan hatinya..

“Emm jangan risau..Kita cuma pergi makan dan bincang pasal permintaan awak..”tenang kata-kata Aidil setelah melihat kegusaran diwajah gadis bersebelahannya..
Sesampai disebuah restoren Aidil memesan minuman…

“Em macam ni Cik Alyaa...Tentang tempat yang awak mahukan tu..saya boleh approve kan..emm saya sendiri akan tanggung segala pembelanjaan termasuk penyelenggaraannya..”Aidil memula bicara..Agak kekok dia mengeluarkan patah perkataannya…

“Saya tak faham..Encik Aidil kata akan memberi tempat itu..Okey..saya bersyukur sangat..Tapi..Kenapa sampai ke penyelenggaraan pula?Saya kan yang bertanggung jawab tentang itu semua.. Apa kena mengena dengan Encik Aidil?”persoalan di Tanya dengan pelbagai kemuskilan didada Alyaa..Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena…

“Dia ni mabuk ke?”bisik hati Alyaa..

“Baiklah biar saya berterus terang.. Hmm sebenarnya ada sesuatu di sebaliknya..Saya memang hendak memberikan tempat tu dan bertanggungjawab keatasnya..Emm sekiranya Cik Alyaa mahu membantu saya.?.”ujar Aidil yang masih berdolak dalik..

“Bantu dari segi apa Encik..Saya tak faham..Kenapa pula perlu ada perkara sebegini sedangkan saya hanya ingin membeli tempat tu..”belum sempat Alyaa menghabiskan kata-kata Aidil telah pun memintas..

“Kahwin dengan saya..”luncur laju di mulut Aidil tanpa berselindung…

“What?? Awak dah gila ke?Apa yang awak merepek ni..?”keras kedengaran kata Alyaa..

“Cik dengar dulu penjelasan saya..Saya perlukan bantuan..Saya terdesak…Saya terpaksa membuat permintaan ini dari Cik Alyaa…Memandangkan Cik Alyaa punyai masalah..Begitu juga saya..Saya boleh bantu Cik Alyaa dengan harapan Cik Alyaa menjadi isteri saya..”pinta Aidil penuh harapan..

“Encik..Permintaan Encik.. sekadar mengambil kesempatan keatas saya!..Encik tak boleh buat begini…”meninggi nada suara Alyaa memandangkan dia harus mempertahankan dirinya..

“Saya tahu ini yang akan Cik Alyaa fikirkan.. Tapi tolonglah fikirkan ini..Saya harap sangat..

“Kenapa mesti saya? Ya Encik boleh kata saya punyai masalah dan boleh bantu..Tapi ini tak masuk akal..Saya masih boleh menunggu sampai saya dapat memenuhi modal yang diminta..Encik pilih saja orang lain saya sanggup tunggu seberapa lama yang boleh..”itu jawapan yang diberi Alyaa..

“Tapi tempat itu merupakan tempat keluarga awak berniaga suatu masa dulukan..Tentu awak mahu memilikinya lagi..Pelbagai memori berada disana sampai suatu masa tempat itu dijual..Menjadi harapan awak untuk memiliknya kembali..Jangan salahkan saya sekiranya ia terlepas.. Tempat tu memang macam Goreng pisang panas..Bila-bila boleh habis..”kata-kata itu ibarat mengugut..Alyaa berasa terancam dan amat marah dengan kata-kata aidil.. Seperti disambar kilat Alyaa bangun lalu ingin berlalu..Aidil yang terkejut dengan reaksi Alyaa telah menarik pergelangan tangan Alyaa tanpa diduga..

“Lepaskan!.”nada sedikit menjerit dari Alyaa kerana terkejut dengan tindakan Aidil…Aidil yang menyedari mereka di perhatikan segera melepaskan..Kelihatan Alyaa mengosok pengelagan tangannya yang sakit siperlakukan begitu..

“Saya minta maaf..Tapi tolong fikirkan..Jika awak setuju tolong hubungi saya secepatnya…Saya berharap sangat…”kata Aidil yang berasa serba salah akan tindakannya namun dia tidak diperdulikan Alyaa..Alyaa berlalu keluar dan menaiki teksi yang sedang menunggu pelanggan….

3 comments:

  1. sorry 4 the mistake..kat blog dah di perbetulkan...

    ReplyDelete
  2. best nye cite....cpt2 sambung k..x sabar nk baca...

    ReplyDelete
  3. terima kasih..ok akan disambung terukan menyokong ok...

    ReplyDelete