Tuesday, November 3, 2009

Pada cintanya 8

8


“Macam mana bang?Dah jumpa mereka?”pertanyaan hadirnya dari Hajah Fatimah kepada suaminya yang baru lepas meletakkan panggilan telefonnya…Sepi seketika..

“Mereka kata.. Tengku Adnan Ibrahim dah meninggal tujuh belas tahun yang lalu..”perlahan kata-kata dikeluarkan Haji Rasyid tetapi berjaya menangkap keruang telinga Alyaa ..Aidil turut berada disana kerana menghantar Alyaa pulang setelah mereka keluar membeli kelengkapan hantaran yang tidak lengkap..

Aidil memerhati Alyaa yang kaku dihadapan pintu..Dia telah menangkap kata-kata yang diucap Haji Rasyid sebentar tadi…Dia melihat sepasang mata Alyaa sudah pun menakungkan air jernih…Entah mengapa Aidil begitu tersentuh dengan gadis dihadapannya..Sedikit demi sedikit air mata itu bercucuran turun tanpa henti.. Dengan tiba-tiba tangannya mengeluarkan riaksi..DIa menyeka air mata yang mula mengalir ke pipi mulus Alyaa..Alyaa mula tersedar dengan reaksi Aidil terhadapnya.. Alyaa menepis tangan Aidil perlahan tidak mahu Aidil mengasihani akan nasibnya..Alyaa terus melarikan diri ke biliknya…

“Alyaa..”panggil Aidil kuat menyedarkan Haji Rasyid dan Hajah Fatimah..Semestinya Alyaa sudah terdengar dan terkejut dengan akan perkara itu..

“Aidil biarkan dia..Tentu dia sedih mengenangkan perkara yang berlaku..”ucap Haji Rasyid yang sedar kerisauan Aidil..

“Ahli keluarga yang lain tiada kabar ke pakcik?”soal Aidil yang terfikir kemungkinan ibu Alyaa masih hidup..Tapi hampa kerana tiada langsung berita tentang keluarga Alyaa yang lain..

“Aidil pulanglah dulu..Jangan risau..Kami akan pujuk Alyaa..”Ucap Hajah Fatimah pula..Di dalam perjalanan pulang Aidil langsung tidak tenang..Mungkin keran peristiwa menimpa Alyaa..
Aidil menerangkan segala apa yang berelaku apabila diminta mamanya yang telah melihat wajah sunggul anaknya tak kala mebuka pintu..Memang hebat hati seorang ibu mudah merasai kerisauan anak-anaknya..

“Kesian betul Leya ye bang?..Tapi Yam tak kesah.. Aidil mama tetap terima dia..Aidil berilah sokongaan dekat leya ye nak..”kata-kata Tengku Mariyam mengembirakan Aidil..

“Terima kasih ma..”ucap Aidil yang sungguh gembira kerana mamanya yang kini memahami permintaan hatinya..
Alyaa masih lagi bersedih kerana selepas lapan belas tahun baru dia tahu yang dia kini tiada bapa yang bernama Tengku Adnan Ibrahim..Dia bergitu bersedih kerana dia pernah membenci nama itu…

“Leya..”Hajah Fatimah memasuki ruangan kamar Alyaa yang kini telah dihiasi pelbagai hiasan..

“Mak..Leya nak tahu mak..Apa yang terjadi? Kenapa mama leya tinggalkan Leya?”bertubi soalan Leya kepada ibunya …Sayu hati Hajah Fatimah mendengarnya..

“Mama Leya kawan mak nak..Engku Aisya Malissa ibu kepada Alyaa..Dia minta mak lindungi Alyaa..memberi kasih sayang kepada Alyaa.. Semuanya kerana perkahwinanya denngan ayah kamu tidak direstui..Mama dan ayah Leya menjalani kehidupan mereka sendiri.. Tapi setiap kali mereka pasti akan diganggu oleh orang datuk Leya..Sehingga suatu masa mama dan ayah Leya terpaksa melindungi Alyaa..Mereka meminta kami jaga Leya.. Kemudian kami langsung tidak mendapat khabar berita mereka..”jelas Hajah Fatimah..Alyaa menyeka air matanya..

“Ayah dah cuba cari mama dan ayah kamu..tapi langsung tiada khabar..Datuk dan nenek kamu juga..Langsung tiada Leya..Maafkan Ayah..”jelas Haji Rasyid pula..

“Tak..bukan salah ayah..Ayah tak salah pun..Leya yang perlu mintak maaf sebab susahkan keluarga ni..”usul Alyaa kembali..Hajah Fatimah mengeleng lalu mengucup dahi Alyaa..
Deringan telefon Alyaa memecah suasana..Haji Rasyid yang berdiri bersebelahan meja mengambil handphone milik Alyaa..Dia menghulurkannya..

“Aidil telifon nih..Leya jawablah..Mungkin dia risau..Alyaa perlu yakin..Tak perlu takutkan apa-apa..Ayah pasti dia lelaki yang mampu membahagiakan Leya..”begitu tulus hati seorang yang amat dikasihinya itu.. Alyaa menyambut telifon yang diberi.. Tat kala ayah dan ibunya beransur meninggalkan Leya..

“Assalamualaikum..”jawab Alyaa dengan suara yang agak lemah didengari Aidil..Entah mengapa hati Aidil bergitu terusik..

“Waalaikumsalam Alyaa..”Aidil menjawab dan mengharap agar Alyaa senang mendengar suaranya..

“Alyaa ok?”Aidil tidak tahu ingin berkata apa..

“Bodohnya soalan aku..tentu la tak ok..”bisik Aidil setelah Alyaa sekadar berdiam diri..

“Leya ok..Aidil mesti terkejutkan?”sedikit-sedikit luah Alyaa..Lega hati Aidil mendengar suara seperti emas tu.

“Leya faham kalau Aidil taknak teruskan semua ni..”belum sepat Alyaa ingin menghabiskan ayatnya Aidil telah pun membangkang..

“Alyaa..Please..Jangan jadikan ini semua alasan… Alyaa..Please jangan runtuhkan sekali lagi kebahagian yang saya mula rasai dari awak..”entah mengapa Aidil begitu tersiksa dengan kata-kata Alyaa..Tat kala itu dia mula sedar bertapa Alyaa yang mampu merubah hati dan perasaanya..Alyaa terkejut mendengar luahan itu..

“Tapi Alyaa.. Alyaa tidak layak buat Aidil…Aidil bergitu sempurna.. Alyaa manusia lemah..Selalu terjatuh.. terlalu besar perbezaan antara kita..Aidil begitu teguh..Banyak kekurangan pada Leya,Dil..”lepas kata-kata Alya…Entah kenapa Aidil betul terasa..Kali ini dia jelas dengan perasaannya..

“Alyaa..Aidil betul-betul tak sangka begitu sekali tanggapan Alyaa pada Aidil..Aidil nak Alyaa tahu..Seperti apapun kata-kata Alyaa Aidil tidak akan membezakan diri Alyaa…Kerana Aidil dah mula menyayangi Alyaa…”kata-kata itu mengejutkan Alyaa tiba-tiba panggilan terputus…Alyaa melihat telefonnya mati..Pasti kerana beterinya lupa dicas..

“Alyaa..Alyaa…?” panggilan Aidil tidak berjawab…Talian mereka terputus..Aidil binggung…

“Aku salah cakap ke? Atau Alyaa tak dapat terima luahan aku?”cetus hatinya sendiri…Aidil panik..

“Alamak…Mesti dia fikir bukan-bukan?” bisik hati Alyaa entah kenapa dia risau..Bingkas Alyaa bangun dari katilnya.. Dia keluar ingin menggunakan telefon rumah..Tapi hampa ayahnya sedang menggunakannya…Alyaa terpandangkan Diah..Tiba-tiba ideanya muncul..

“Diah pinjamkan akak telefon..Please nanti akak bagi kredit free please..? “pinta Alyaa..

“Akak nak call siapa?Kenapa panik semacam.?”tanyanya pula sambil menghulurkan handphone miliknya…

“Bateri akak kong..Akak nak telefon abang Aidil..”luncur Alyaa.Alyaa pantas mendail sambil berlalu ke kamarnya semula..

“Hai nombor siapa pulak ni?Orang tengah risau sebuk pula dia call..”bising Aidil sendiri..

“Hello ?”bersahaja Aidil menjawab..Malas kedengaran…Senyap..

“Hello siapa ni? Kalau taknak cakap baik tak payah call.?.”Bisingnya…Aidil yang dari tadinya rebah dikatil terduduk mendengar suara yang dikasihinya…

“Aidil?”panggil Alyaa..

“Leya… Leya marahkan Aidil ke?”terdetik dari hati Aidil…Dia meras sedikit gembira kerana Alyaa memanggilnya kembali..

“Leya mintak maaf..Handphone Leya habis bateri…”ulas Alyaa perlahan..

“Oh..Aidil ingat Leya…”belum sempat Aidil menyambung ayatnya Alyaa mula bertanya..

“Apa maksud Aidil tadi?”tanya Alyaa takut-takut..Senang betul hati aidil mendengar pertanyaan Alyaa..Dia tersenyum dan betul-betul bersedia memberikan jawapannya..

“Alyaa..Benarkan saya membahagiakan Alyaa..Aidil ingin benar membahagiakan Alyaa..Setujukah Alyaa jika kita membatalkan perjanjian kita itu?”Aidil begitu jelas dengan kata-katanya…

“Apa maksud Aidil membatalkannya?Maknanya saya takkan dapat la apa-apa permintaan saya?”kata-kata Alyaa membuatkan Aidil melepaskan tawanya..

“Awak ni terus terang betul la..”terang Aidil..Alyaa terdiam..

“Saya dah janji saya mesti tepati..Cuma Alyaa saya mahukan hubungan kita sebagai hubungan yang benar…Saya mahukan Alyaa Qalilah sebagai isteri yang sebenar buat saya… Sudikah Alyaa?”Aidil memberitahu niat tulusnya..Alyaa terkedu..Tidak pula dia meyangka akan menjadi pilihan sebenar hati Aidil…Tapi bagaimana dengan dirinya?..

“Ayah yakin Aidil adalah lelaki terbaik buat Alyaa..Cuba beri dirinya perluang..Tak salah untuk Alyaa meyakini itu..Sekiranya Alyaa rasa aidil boleh melindungi Alyaa dan merasa bahagia..Yakini lah Leya…”kata-kata ayahnya mengigatkan Alyaa..
Aidil masih menanti..Sambil merenungi gambarAlyaa yang kini menghiasi meja tulisnya..

“Leya..”Leya mengatur kata…

“Leya sudi..”perlahan kata-katanya..Tiba-tiba kedengaran Aidil seperti melakukan sesuatu..

“Aidil..aidil?..”panggilan Leya tak berjawab..Kedengaran Aidil melakukan sesuatu..

“Aidil..kau bakar apa tu..?”Alyaa terdengar suara mama Aidil..

“Bakar apa?”fikirnya..

“Mama don’t worry..Ok?”Aidil menjawab kedengaran Aidil dibebel mamanya..Alya semakin pelik..

“Leya.?” Panggil Aidil kembali..

“Aidil?What happen?”tanya Alyaa risau...

“Aidil dah bakar benda tu..”jawabnya..

“Hah..?Bakar apa?”Alyaa bertanya..

“Bakar benda yang boleh memisahkan..Surat tu..”Aidil menjawab..Kedengaran Alyaa ketawa
perlahan..

“Bodoh betul..”Kata Alyaa..Aidil menyambutnya dengan ketawa jelas.

1 comment: