Monday, October 12, 2009

Pada cintanya 4 & 5

4

“Akak..macam mana ni kak?..Tadi Diah dapat tau yang tempat tu da macam dah nak di beli orang je..Akak kan tahu yang tempat tu milik kita..Takkan nak biarkan je kak… Dulu mak dengan ayah pemiliknya takkan nak biar jatuh ke tanggan orang lain kak?”soal Diah bertubi-tubi..

“Biarlah Diah mak tak fikirkan dah semua tu..Biarlah tempat tu jadi milik orang..Diah cari je tempat lain..Kan banyak kat Malaysia ni..”Ujar Hajah Fatimah..

“Mak..Tempat tu mak jual sebab nak besarkan kami..Sampai berjaya macam ni..Takkan itu pun kami tak boleh nak selamatkan..Tempat tu antara tempat berharga bagi Diah..Restoren yang mak bukak dulu terkenal sebab air tangan mak yang sedap tau..Sekarang semua tu Diah dapat dari mak..Diah cuma nak sambung kerjaya keturunan kita dari dulu-dulu…Takkan mak tak nak?..”luah Diah yang kesal akan kata-kata ibunya..Baginya pengorbanan yang diberi tak terhingga..Begitu juga sebaliknya yang terusik di hati Alyaa..Kedua orang tuanya meski pun bukan ibu bapa kandung sebenar telah berkorban lebih untuk mereka adik beradik..Dengan duit jualan tempat itu Alyaa dapat menyambung pelajaran ke Universiti..

“Betul tu mak..Leya akan dapatkan tempat tu inyaallah…mak restuilah Leya…”sayu kedengaaran ayat yang di berikan Alyaa..satu kucupan kasih dari ibunya daan pelukan sayang dari Diah adiknya..

“Mungkin inilah keputusan yang harus aku buat..hmm agak-agaknya tawaran Encik Aidil tu masih kosong ke?”soal Alyaa berteka-teki dalam hati..Alyaa berharap semoga Allah mengabulkan doa dalam solat isthikarah yang dibuat selepas permintaan yang dibuat Encik Aidil mengusarkan hatinya..

“Mer..Dah nak dekat seminggu ni..Takda pun call aku?…”Luah Aidil..

“Mana lah aku tahu..Aku bukan serumah dengan dia..Kau tu tak telefon dia? Sms ke?”Tanya Ammer kembali…

“Karang aku call kang dia kata aku memaksa pulak..”jawab Aidil kembali..

“Tahu pun..Kau ni kok ye pon sabar la dulu.. ok..”ujar Ammer..Pintu pejabat bilik Aidil dibuka..

“Hai abang Aidil.Hello abang Ammer...Jom temankan Sarah jenjalan?..Dah lama Abang tak teman Sarah?..Abang tak sayang Sarah ek?..suara manja milik Sarah Nadera itu merimaskan Aidil…
Aidil dengan nada keras berkata..

“Kau tak pandai ketuk pintu ke?Nak aku ajarkan..?Aku tengah sibuk lah Sarah..Tak nampak ker?”jelingan diberikan pada Ammer yang dari tadi tersenyum geli hati melihat situasi mereka..

“Ala abang please…”baru saja Sarah ingin memujuk panggilan dari interkom berbunyi..

“Tengku ada panggilan dari Cik Alyaa..”Siti bersuara..

“Cik Alyaa serius?Siti sambungkan segera..”begitu teruja Aidil..Dari muka masam mencuka kini ceria lain dari biasa..Sarah yang sedang tadi memasang telinga tertanya-tanya siapa Alya yang dimaksudkan..

“Ok..Ok..Saya pergi sekarang..”ujar Aidil menjawab panggilan dari Alyaa..

“Yes Mer dia kata nak bincang..Kau doa-doakan aku..Aku pergi dulu…”Aidil begitu excited sehingga tidak lansung memperdulikan Sarah yang dari tadi kebinggugan…

“Aku doakan kau Berjaya beb..Pergilah karang terlepas..”kata-kata disambut dengan hamburan tawa..

“Abang nak keluarkan?..Sarah nak ikut..”renget Sarah sambil menarik tangan Aidil..

“Sorry Sarah..Aku Ada something yang lebih penting nak dibuat..Got to go..”ucap Aidil selamber sambil menarik tangannya..Aidil mengerling jam ditangan..

“Lambatnya lif ni..”tat kala lif dibuka Aidil berlari menuju ke keretanya..Tak sabar ingin meyelesaikan masalah yang hamper tamat tempoh ini..

“Abang Ammer siapa Alya?”Tanya Sarah ingin mengorek rahsia..

“Aidil future wife..Sarah why don’t you pergi tukar baju..Dah macam baju anak sedara I yang 5 tahun je..you pinjam ke?”perli Ammer selamber sambil berlalu..Malas melayan Si Sarah yang mengedik itu..

“Hey sekurang-kurangnya baju I mahal tau..”marah Sarah di perli begitu..

“Mana dia ni?..Lambat pula..Karang aku ada meeting lagi ni..”bisik Alyaa..Pelbagai alasan dibuat untuk menutup kegusaran hati Alyaa..

“Assalamualaikum..”salam Aidil yang tersenyum gembira..

“Waalaikumsalam..Encik Aidil..”jawab Alyaa bergetar..Panjang pula umurnya desis hati Alyaa..

“Emm Aidil saja Cik Alyaa..Tak usah berencik…”pinta Aidil sambil duduk di kerusi hadapan Alyaa

“Macam mana?Cik Alyaa boleh bantu saya?”soal Aidil yang tidak senang duduk..
Alyaa membetulkan posisi duduknya sambil membetulkan tudungnya..

“Emm..Panggil saja Alyaa atau Leya..”ucap Alyaa pembuka kata..Aidil sekadar mengangguk..

“Emm saya inginkan bantuan En..emm maksud saya Aidil..Saya nak tahu samada tawaran hari itu masih dibuka??”soal Alyaa ingin tahu..

“Saya tak salah dengarkan?…Jadi Leya setuju cadangan saya?Maksud saya permintaan hari tu?”Soal Aidil ingin kepastian..

“Iya sekiranya masih berpeluang?”soal Alyaa basi kerana Aidil tidak menjawab soalannya tadi..

“Ya..Saya memang mengharap pada Leya sebab Leya yang boleh bantu saya..”jawab Aidil jujur..

“Bagaimana?”soal Alya ingin mengetahui situasi sebenar..

“Kita harus berkahwin dan saya berjanji akan menghadiahkan segala permintaan Leya dulu..”ujar Aidil..

“Saya boleh setuju dengan itu..Tapi apa akan terjadi selepas berkahwin dan perkahwinan ini sementara atau bagaimana?”Soal Alyaa berterus terang..

“Huih dia ni berterus terang betul..”desis Aidil sendiri..

“Setahun..Setahun itu kita cuba bersama kalau boleh bahagia saya tak kisah untuk teruskannya..”spontan jawapan Aidil..

“Huih senangnya dia cakap..”bisik Alyaa..

“Setahun tu macam-macam boleh jadi ..Apa jaminan awak sekiranya kita tak mungkin dapat teruskan?”soal Alyaa lagi..

“Jangan risau.. saya tak mungkin akan menyetuh awak kerana risau juga sekiranya ada perpisahan dan wujud pula soal-soal lain...Kita akan membuat hitam dan putihnya..Perjanjian kita ini akan dirahsiakan..Oh yaa..Permintaan awak tu..Paling kurang selepas dua minggu saya akan berikan..Lagipun saya perlu berhati-hati agar tiada yang curiga.Dan saya minta kerjasama Alyaa menggunakan perkataan panggilan isteri buat suaminya nanti..Boleh..?”soal Aidil setelah member keterangan yang menjela..
Bergitu lancar plan yang dicadangkan..Entah kenapa begitu mudah Alyaa mempersetujuinya..Bagi dirinya pilihan itu amat penting untuk dapatkan tempat yang harus dimilikinya,..Mereka berjalan keluar dari café tadi..

“Saya hantar awak ke pejabat?”pelawa Aidil.. Alyaa mengeleng sambil menujukkan bangunan di sebelah café yang mereka berdiri itu adalah pejabat Alyaa..Hampir tesembul biji mata Aidil..

“Alyaa kerja bahagian apa?”soalnya Aidil setelah mendapati syarikat perkapalan terbesar itu yang mempunyai hubungan kerja dengan Delima Holdings..

“Bahagian akaun..”selamber jawab Alyaa..Terkedu seketika Aidil.

“Hebat juga dia ni..”bisik Aidil sambil membuka pintu kereta Hondanya..Alyaa mula mengatur langkah ingin berlalu ke pejabat..Tiba-tiba Aidil bersuara..

“So kita pernah jumpa la dulu kan?”tanya Aidil minta kepastian kerana dia pernah berurus niaga di situ sebulan yang lalu..Alya sekadar mengangguk..

“Alyaa..Saya terlupa..Sabtu nanti saya jemput Alyaa..”ujar Aidil sedikit menjerit.Alyaa bergerak mendekati kereta Aidil tak suka bercakap jauh begitu..

“Kemana dan kenapa?”betubi soalan diberi..

“Sebelum perkara yang kita bincang berlaku..kita perlu ada restu dari orang tua masing-masing..”Aidil menyuarakan tanggapannya.Alyaa mengangguk..

“Emm nanti saya mesej alamatnya..”jawab Alyaa..

Sekembali Alyaa dipejabat…Dia merasa kurang selesa diruang mesyuarat..Pelbagaai usikan dihamburkan..tetapi kepada siapa tanyanya sendiri.. Keadaan kembali normal apabila muncul CEO syarikat Dato Kamal ayah kepada Emma sahabatnya.Emma yang baru masuk menyiku pergelangan ku seperti hendak menyoal sesuatu..Sehelai kertas memo diberi kepada ku..

Lepas ni aku nak dengar
dari mulut kau sendiri..
Jangan cuba nak lari…huhu..=p.
.

Alyaa hanya mengeronyok kertas itu dan kembali fokus kan kerjanya..

“Leya..Leya apa hal yang kau laju sangat ni?”soal Emma..

“Kenapanya?Aku nak siapkan kerja la..”jawab Alyaa..

“Aik dah heboh satu office kau berdating tadi..”selamber Emma menjawab..

“What?”soal Alyaa terkejut..

“Yup..Salena,Alex,Qina dan Lokman sebagai bukti..”ujar Emma lagi..Dengan sepantas kilat Alyaa merubah perjalanan..Alya bergerak ke arah meja yang dipenuhi staf-staf berkumpul..Kelihatan mereka sedang memegang kamera yang kelihatan menjadi tarikan.. Alyaa merampas kamera itu..Kelihatan gambar dia dan Aidil..Perasaan marah yang mahu dihamburkan bertukar tiba-tiba..
Entak mengapa setiap slide gambar yang dibeleknya menarik..Kali pertama dia perasan tentang selok belok wajah Aidil…

“Rambut dia yang terpacak ala-ala fesyen orang muda zaman sekarang amat sesuai dengan wajah dia..Ada tahi lalat kecil dikeningnya..Wow hensem juga dia ni..Mula-mula aku tengok tak sehensem ni..senyuman dan panahan mata dia boleh bikin cair woo..”tersenyum sendiri Alyaa dengan bisikan hatinya..

“Cik Alyaa..Macam something special je Cik dengan Tengku Shahriz Aidil ni.?.”soal Salena tuan punya kamera sambil menunjukkan majalah yang mempunyai cover Aidil...mati seyum manis Alyaa tadi..

“Amboi..Dah la tangkap gambar senyap-senyap sebar satu pejabat pulak..Memandai nak tambah cerita..Dah-dah saya taknak comment apa yaa para wartawan sekalian..Sila sambung kerja kamu…Lena awak padam gambar ni..Tak pun simpan le buat kenangan..Susah juga nak tangkap gambar Tengku ni kan..”dalam nada sindiran timbul pula gurau-gurauan..Alyaa berlalu meninggalkan teka-teki..

“Biarlah korang nak kata apa..”desis hati Alyaa..Emma yang masih belum puas hati mengekorinya ke bilik..

“Leya..Aku kan kawan kau takkan nak berahsia kot.?.”Emma meminta penjelasan Alyaa..

“Dia ajak aku kahwin…”serius kedengaran dari Alyaa..

“What?Are you serius? Weh..Kau jangan la bergurau dengan aku.. Kau jangan buat kerja gila Leya..Masa bila kau kenal dengan dia ni?..Aku tak tau pun…”bertubi-tubi soalan Emma..

“Kau ni kalau bagi soalan tak pernah sikit..Dah macam M16 tau..Kalah wartawan tau..”usik Alyaa kembali…Melihatkan wajah serius Emma Alyaa menerangkannya..

“Well kiteorang kenal sejak aku apply tempat untuk Diah…Tapi takda la serius sangat just kenal biasa-biasa je.. Then tadi dia ajak aku kahwin…”itu jawapan yang Alyaa berikan..

“Macam tak puas hati la dengan jawapan kau ni Leya…Baru kenal then nak kawin..Kau ni saja nak hilangkan kesabaran aku..cakap la yang betul Leya..Pleaseee…”pinta Emma lagi..

“Apa kata kau tanya dia sendiri esok?… He might be around..”sungguh Alya tidak mahu menipu Emma tapi ini adalah rahsia yang tak patut melibatkan sesiapa…

“Ok aku akan tanya dia lebih dari aku tanya kau tau..Cakap dengan dia jawab jujur dengan best friend kau ni..”pesan Emma..Senyuman diukir kedua sahabat baik itu..

“Mumy..Aidil tu..Dah ada bakal isteri pulak..eish geram Sarah..”renget Sarah pada ibunya..

“Huh biar betul..Dia lamar Sarah ke?”soal Datin Rosnah tidak faham…

“Mumy ni… Dia nak kahwin dengan perempuan..Nama dia..emmm..Haa ALyaa”rengeknya lagi..

“Alyaa.. Siapa Alyaa, Sarah?Anak siapa?Ni mana kamu dengar ni?”soal mamanya lagi..

“Ammer sepupu Aidil yang bagi tau..Geramlah..aaaaaa..”jeritnya sepuas hati..

“Hey..Sarah kok ye pun binggit telinga mama ni tau…Yelah ..yelah..esok mama pergi jumpa Tengku Mariyam pasal ni.. Kalau iye takda jodoh la kamu dengan anak dia tau..”jelas Datin Rosnah dibalas dengan masam mencuka dari Sarah ..Dia tak mahu anaknya terhegeh-hegeh begitu takut jatuh air muka keluarganya nanti..








5


Pejabat Alyaa menjadi tarikan apabila orang yang menghiasi majalah usahawan berjaya berada di pejabatnya..

“Emm so korang dah sign perjanjian ini..Bilanya nak kahwin..?”berdesing telinga Alyaa mendengar gurauan Ammer yang menjadi saksi hari ini…

“Em.. Saya akan pergi rumah awak malam ni..Leya mesti tak jelaskan lagi perkara ini pada orang tua Leyakan.?.”kata-kata Aidil menenangkan Alyaa..Agak runsing juga Alyaa nak menjelaskan tujuan yang tiba-tiba begini..Tapi mesti pelbagai soalan yang perlu dijawabnya nanti..

“Semalam awak kata..jumpa parent awak dulu?”Alyaa sekadar menyoal kerana tidak tahu mahu berkata apa..

“Emm saya dah bagi tau parent saya..tapi saya nak mereka sabar dulu..”senyum manis terukir dibibir Alyaa setelah mendengar penjelasan itu..Alyaa menghantar mereka keluar…

“Tengku Shahriz Aidil..”kuat jeritan dari seseorang yang Alyaa kenal..

“Apahal dengan Emma ni?”desisnya..

“Well saya Emma..Kawan saya ni tak mahu bagitahu kenapa Tengku datang jumpa dia..Boleh Tengku bagi tau saya kenapa?”luncur laju ayat Emma..Alyaa menarik tangan Emma dekat dengannya..Baru Alyaa ingin jelaskan tiba-tiba..

“Kami bincang pasal kahwin…”selamber Aidil..Merah muka Alyaa menahan malu..

“Dia ni saja nak kenakan aku depan orang ramai ni..eish..”desis Alyaa.

“Ok lah Leya..Abang pergi dulu..”selamber ucapan dari Aidil..Agak gembira mengusik Alyaa kerana mukanya pasti kemerah-merahan menahan malu…Alyaa membeliakkan matanya setelah mendengar panggilan itu..

“Eeyuhh dia ni saja je..”pekik Alyaa dalam hati yang penuh berbaur malu dan marah akan tindakan Aidil..Staf-staf di pejabat menjadi riuh rendah seperti pasar..

“Ini ada apa ni?Kamu semua tak nak kerja ke?”Suara serius Dato Kamal memecaah suasana..

“Bukan Dato..Cik Alyaa ni nak jemput kita makan nasi minyak..”sampuk Zahidah P.A Dato Kamal..Alyaa yang terkejut mendengar kata-kata itu..melarikan diri ke pejabat sambil menarik Emma..

“Eishh..Malu betul..Emma kau saja je kan..?eish..!!!”marah Alyaa..

“Heyy..Dia yang cakap sendirikan..Lagi pun betul la semua ni kan?… Ke tak betul hah Leya?..Kau sorok something ek?”jawab Emma pantas..

“Sorok apanya?..Si Aidil ni pon satu..eish…”ngomel Alyaa marah..

“Ehem..hemm..Abang Aidil la sayang…?”usik Emma..Alyaa sedang tadi marah membulatkan matanya pada Emma..Akhirnya mereka tertawa..

“Ayah..Mak..emm malam ni ada tetamu nak jumpa mak dan ayah..”teragak-agak Alyaa bersuara..

“Siapa?Kawan kamu?”tanya Haji Rasyid..Alyaa hanya mengangguk..

“Emma kah?Aik selalunya dia datang tak pernah kamu nak bagi tau..Ni kenapa pulak ni.?Kamu ada meminjam dia ke?Dia nak tuntut ke?.”bertubi soalan dari Hajah Fatimah yang merasa pelik..

“Bukan..Bukan Emma mak..Emmm..”Alya masih mencari jalan untuk menjelaskan..

“Assalamualaikum..”kedengaran suara dari luar memecah kebuntuan Alyaa..Dengan pantas Alyaa bergerak mengatur langkah ke arah pintu..Alyaa membuka pintu..

“Walaikumsalam..Anak cari siapa?”Ujar Haji Rasyid yang berdiri sebelah Alyaa..

“Emm ayah.. Ni Aidil..”tersekat-sekat nada Alyaa..

“Oh ni la kawan kamu yang nak datang tu..?”Alyaa hanya mengganguk dengan pertanyaan ayah angkatnya..Aidil yang kelihatan tenang menghulurkan salam yang disambut ayah Alyaa..Aidil dijemput masuk… Tat kala Alyaa sekadar menyerahkan tugas penting itu kepada Aidil..

“Pakwe akak ek?”ujar Hakim anak bongsu Haji Rasyid yang baru hendak mengambil PMR tahun ini..Alyaa tidak mengganguk mahupun mengeling..

“Leya tak pernah cerita pun yang Leya ada kawan lelaki?”soalan itu datang dari ibunya yang mengangkat dulang cawan sambil Alyaa mengekorinya dengan teko berisi air teh susu di tangannya..Selesai menuang air..Alyaa tidak berganjak kemana-mana dia elok bersimpuh di atas lantai..

“Pak cik dengan mak cik mesti terkejut dengan kehadiran saya..Maafkan saya menganggu pakcik berehat..”Aidil memula bircara..

“Takda lah Aidil..Alyaa ni lambat bagi tahu kami kawan dia nak datang…Kalau pak cik tau..senang ada juga jamu kamu makan…”gurau Haji Rasyid..

“Emm takpa pakcik..susah-susah saja…Saya datang ni sebab ada hal yang penting..Saya harap pakcik dan makcik boleh menerima kedatangan saya..”Aidil sekali lagi cuba menarik tali..

“Hal apa Aidil?”tanya Hajah Fatimah sambil memandang Alyaa..Alyaa yang sedar kerisauan ibunya telah pun mendebarkan jantungnya..

“Saya..Saya ingin menikahi Alyaa..Saya ingin menjadikan dirinya yang sah untuk saya..”tenang lucuran ayat yang diberikan…

“Wah..Coolnyaa dia..Aku dah nak tercabut jantung dia sempoi je..”ucap Alyaa dalam diam..

“Sebab itu saya kemari ingin meminta izin dan restu dari pakcik dan makcik..”ujarnya lagi…Keadaan menjadi senyap..Aidil pandang Alyaa..Alyaa pandang Aidil..masing-masing menunggu jawapan..

“Kenapa dengan tiba-tiba?”soal Hajah Fatimah kepada Alyaa..Alyaa hanya terkedu mendengar soalan yang diberikan..

“Saya sebenarnya yang mengharap dari Alyaa..Alyaa gadis yang baik..Jadi saya tidak mahu melepaskan gadis seperti Alyaa..”iklas kedengaran dari Aidil.

“Ni pujian ke over acting mamat ni?..”desis Alyaa..gelaknya sendiri dalam hati..

“Pakcik dan makcik faham maksud Aidil..Elok sangat Aidil berfikir panjang..Lagi pun hal jodoh ni bukan ditangan kami..Ini kerja Allah s.w.t..Pak cik yang sebenarnya tak menghalang jika Alyaa sendiri boleh menerima..Tapi Aidil kena la berbincang baik-baik dengan keluarga Aidil..Kami ni mungkin orang-orang biasa saja..”terang ucapan Haji Rasyid ..Hajah Fatimah juga mengagguk setuju..Fuhh lega di hati Alyaa..

“Keluarga saya tidak membantah Pakcik malah mereka sendiri mengharap saya lekas berumah tangga..Jadi sekira boleh sudikah Alyaa menerima saya sebagai suami Alyaa?”spontan dan jelas sambil sepasang mata milik Aidil memandang jelas kepada Alyaa..

“Erk… Dia..dia.. la.la...mar aku ke?”desis hatinya… Alyaa sedar dari tadi diperhatikan ayah dan ibunya mengangguk perlahan…Semua tersenyum sambil Aidil mengucap syukur..

“Aidil kata esok dia jemput kamu jumpa mak ayah dia pukul 11 pagi..Mereka juga nak jumpa Alyaa..”terang Haji Rasyid..Pastinya Aidil memberi tahu Ayahnya semasa menghantarnya ke kereta…Fikirnya..

“Ayah..ayah tak menolak?Kenapa?”tanya Alyaa yang penuh tanda tanya..

“Mak dengan ayah memang terkejut Leya..Tapi kelihatan dia ikhlas..Ayah tak perlu kata tidak sebab ayah dapat baca hatinya yang jujur..”jelas haji Rasyid..

“Maknanya apa yang Aidil cakap tu betul ke? Apa-apa je lah ayah ni..”desisnya sambil mengaangguk kata-kata ayahnya..

“Akak..Akak kenal dia mesti sebab tempat yang kita nak beli tu?Akak tak ambil kesempaatan kan?”Alyaa terkejut dengan kata-kata Diah adiknya..

“Dia kenal Aidil?..emm ape aku nak jawab ni?”gusarnya dalam diam..

“Akak tak tahu pun dia tuan empunya syarikat tu la..Akak kenal dia masa dua bulan lalu..Dia berurusniaga dengan syarikat ayah kak Emma..Pastu bulan lepas baru akak tahu yang dia tu taukenyer..”jujur Alyaa…Memang Aidil pernah dia jumpa..Masa tu Aidil mewakilkan Syarikat Delima Holdings.. Sebab tu dia tak menyangka yang Aidil pemilik Malsiq Holdings..

“Tapi peluang untuk dapatkan tempat tu cerah kot..Sebab katanya orang tak jadi beli..So akak mintak tolong dia tunggu akak ada modal cukup..dapat la beli tempaat tu Diah..”bohong Alyaa..

“Baguslah kak..”gembira Diah mendengarnya..

“Apa citer beb?”soalan di tuju kepada Aidil yang baru saja melangkah masuk pintu rumahnya..

“Ammer kau buat pe datang sini?Nak jumpe aku ker?”soal Aidil yang pelik melihat kehadiran Ammer kerumah orang tuanya..

“Mama yang suruh Ammer dengan Mak Su kamu ni datang..Bincang sikit tentang nak pergi meminang Alyaa kamu tu..Bakal menantu mama..”sampuk mamanya..Aidil sedikit pun tidak terkejut malah pelik dengan mamanya ni..

“Mama ni jumpa pun tak terus nak declaire sebagai menantu..Entah elok ke tak pilihan along ni mak?”bangkangan itu datangnya dari Tengku Suhaila Amila anak kedua Tengku Mariyam yang suka memprotes,,

“Kamu ni Mila tak habis-habis dengan perangai kamu ni kan..Tak puas hati saja dengan abang kamu ni..Elok-elok sikit turun dekat anak kedua dalam kandungan kamu tu nanti..”bising Tengku Mariyam..Rimas dengan perangai anak keduanya tengah mengandung semakin suka buat perangai..Aidil tersenyum di bela mamanya…

“Biasalah kak..Orang mengandung emosi berbagai..”sampuk Tengku Rasidah adik kepada Tengku Iskandar yang juga merupakan ibu kepada Megat Ammer Izwan Megat Amiruddin..

“Emm ayah dan mak Alyaa setuju jika mak nak datang meminang Alyaa..Tapi Aidil tetap nak bawa Alyaa datang sini jumpa kita sekeluarga..Kenal Alyaa dulu..Pastu Aidil biar mama putuskan..”terang Aidil..

“Alhamdulilah..senang hati mama mendengarnya..Bila kamu nak bawa dia?”tanya mamanya..

“Esok pukul sebelas Aidil jemput Alyaa..Makan tengah hari kat rumah la ma..”jelas Aidil..

“Elok la tu..Mila kamu dengan Zul tidur je kat sini..Esok semua ada senang…Lagipun Lukman anak kamu pun dah tidur pun..?”Tengku Iskandar memecah suasana setelah lama menjadi pendengar sejak tadi..…

“Idah dengan Ammer datang juga esok tau ajak Megat Amiruddin sekali..Dah lama kita tak berkumpul..”pelawa Tengku Mariyam kepada adik iparnya dan anak sedaranya..

1 comment: