Wednesday, October 14, 2009

Pada cintanya 6

6


“Waw..Cantiknyaa rumah.. Besar pulak tu..Macam mana dengan orang-orangnya ek?Kalau tengok pada Aidil ni baik..hmm..”puji Alyaa dalam hati..

“Alyaa..Alyaa..”panggil Aidil berulang kali sambil melambai-lambaikan tangannya..Alyaa terkejut kerana matanya bertembung dengan mata Aidil..Segera dia menundukkan wajah..

“Emm sorry..”ucap Alyaa perlahan..Malu rasanya kerana dirinya mengelamun sebentar tadi..

“Jom..Saya harap Alyaa tak segan..Emm family saya macam orang biasa-biasa juga..”jelas Aidil yang ingin menghilangkan kegusaran hati Alyaa..

“Emm saya tak fikir bukan-bukan..”jelas Alyaa sambil mengerakkan jari telunjuknya di hadapan muka Aidil.. Aidil terus tergelak dengan tindakan Alyaa yang melucukan baginya..

“Amboi bahagianya pasangan ni gelak ketawa..”suara Tengku Mariyam memecah suasana..Alyaa kelihataan tersipu malu..

“Aidil ini ke Alyaa?”Aidil mengangguk menjawab soalan Alyaa..

“Mama Aidil..”Aidil mengenalkan mamanya kepada Alyaa..Alyaa dengan penuh sopan member salam dan kemudian menghulurkan salam..

“Alyaa mari lah masuk..Jangan segan-segan kita kan dah nak jadi keluarga…”Ujar mama Aidil sambil membawa Alyaa kearah pintu utama rumahnya..

“Hai ma…jumpa bakal menantu terus lupa anak ni?Tak nak ajak masuk sekali??”usik Aidil kepada mamanya yang begitu teruja berjumpa Alyaa....Alyaa hanya tersenyum manis..
Apabila Alyaa melangkah masuk ramai yang terpegun dengan gadis berbaju kurung berwarna peach dengan tudung yang kemas di kepala..

“Amboi cantiknya dia..Pandai Aidil pilih..”tersipu Alyaa mendengar pujian yang diberi.

“Ni Mak Su Idah mama Ammer..”Aidil mempekenalkan semua ahli keluarganya..

“Besar juga keluarga awak…”bisik Alyaa kepada Aidil..Bagi Alyaa semuanya baik-baik belaka..Cuma dia tak dapat berkenalan dengan dua lagi adik Aidil kerana mereka masih belajar..

“Awak ni ada muslihat apa-apa ke sampai along saya terpikaat sangat dengan awak..?”terkejut Alyaa dengan teguraan sebegitu..

“Mila kau ni tak pandai beradap ke? Sorry kak Alyaa ni Mila my twins sister..Saya Madi..”teguran Tengku Madi Amin disambut ikhlas Alyaa..

“Dingin betul Mila ni..”desisnya..Alyaa malas hendak menjawab teguran Mila yang agak panas..Baginya mungkin keraana kandungaan Mila yang menjadikannya kuat curiga atau mungkin memang perangainya…Perbezaan Mila dan Madi amat ketara bagi Alyaa..

“Emm sedap masakan auntie..”puji Alyaa ikhlas..

“Nanti bila Alyaa dah masuk family ni lagi macam-macam Alyaa boleh rasa..”jelas Tengku Mariyam..Alyaa berasa gembira sangat keranaa ahli keluarga ini dapat menerimanya walaupun baru saja berkenalan..

“Jarang tau mama masak kak Leya..Hanya orang-orang yang special je dapat merasa..”usikkan Madi dibalas dengan cubitan dari mamanya..Sungguh ketara kemesraan mereka..Berbunga menyerbu dihati Alyaa..

“Leya cuba tengok ni..Ni gambar Aidil masa kecik-kecik..”Alyaa dihulurkan sebuah album yang penuh dengan gambar lucu Aidil…Alyaa ketawa kecil..

“Gelak..gelak la puas-puas..”bisikan Aidil sambil jarinya menyentuh hidung Alyaa..

“Comel..fotogenik sungguh..”Kata-kata Alyaa membuatkan satu rumah ketawa besar..Kegembiraan itu tidak meyenangi Mila..

“Ma Mila balik dulu…tak senang hati ni..”ujar Mila sambil berlalu bersama anak dan suaminya..

“Eish dia ni..”ucap Madi kurang puas hati.. Alyaa memandang Aidil..Aidil hanya menjungkitkan bahu..

“Insyaallah tak lama lagi boleh la Alyaa menjadi menantu dirumah ni..”ucap Tengku Iskandar..Sambil Alyaa bersalaman dengan ahli keluarga Aidil ynag lain..

“Seronok ek keluarga awak..spotting… Tapi kenapa awak kata terdesak bebagai??”tanya Alyaa..Aidil memberhentikan keretanya..

“Temankan saya minum?..”jelas Aidil sambil menunjukkan sebuah gerai di tepi jalan..Alyaa hanya mengikuti Aidil dari belakang…Aidil memesan dua minuman berais..

“Hmm anak orang kaya pun boleh makan kaat sini..Hebat…”puji Alyaa dalam hati takut nanti kembang pula mamat dihadapannya ni..

“Serius..Dia tu sebenarnya cantik..Kau tu je taknak mengaku kan?Ngaku je lah Dil..Kalau tak tentu kau tak puji dia lebih-lebih depan mak ayah kau dan depaan mak ayah dia.. Ye tak??”terngiang-ngiaang kata-kata Ammer ditelingganya..

“Cantik..kalau tengok betul-betul memang cantik..Mata dia yang bulat tu kalau terpandang rasa macam lihat permata kekuningan dan berkilau..”bisik Aidil dalam hati.. Dialihkan pula pandangannya ke arah bibir yang merah..

“Kecil comel..”bisiknya lagi..Kalau dilihat keseluruhan...

“Cantikk”kali ini Aidil terlepas kata-katanya…

“Hah apa dia?Awak cakap something ke?”tanya Alyaa yang tidak berapa dengar dengan ungkapan Aidil tadi..

“Fuhh nasib dia tak dengar…”desis hati Aidil..

“Emm tak..pasal yang awak tanyakan tadi..Sebenaarnya saya pernah putus tunang 3 tahun yang lalu..Semuanya gara-gara mama terlalu memaksa..Sebab tu mama ingatkan saya ni dah tak berkenan dengan perempuan..Semua-semua yang mama nak di jodohkan semua test dia..Anak-anak kawan-kawan mama sendiri..Sebab tu saya buat keputusan ni kerana tak mahu mama risau lagi..”panjang lebar penjelasan Aidil membuka cerita..Memang itulah niatnya selama ini..Kerisauan mama membuka hatinya menerima Alyaa walaupun dengan cara sebegitu…

“Kalau awak risaukan mama awak..Awak mesti terima salah seorang dari pilihannya…Mesti awak ni memilih kan?”usik Alyaa.

“Adoi..Terkena aku..”bisiknya perlahan sambil tersenyum.

“Mestilah pilih..Saya tak mahu perkara sama terjadi lagi..”terang Aidil jujur..

“Tak kiralah kenapa..Tapi awak mesti ada alasan tersendiri..Takkan awak nak cerita kan?..Tapi kenapa awak yakin sangat sampai memilih saya?”Tanya Alyaa lagi..

“Kenapa Leya tanya macam tu?”soal Aidil pelik…

“Ye lah..memanglah awak beri saya tawaran tu supaya saya menolong awak..Tapi kitaa bukannya
kenal sangat..Lepaastu saya ni dari keluarga biasa..Jadi tentu ada sebab lain kan?”usul alya..

“Emm sebab saya rasa Alyaa jujur orangnya..Saya tak kisah tentang latar belakang Alyaa..”jawab Aidil penuh keikhlasan..Dia perlu mendapatkan keyakinan Alyaa..Semoga Alyaa boleh merubah perasaannya selama ini…

“Saya kisah…”jelas perkataan itu didengari Aidil..

“Apa maksud Alyaa?”tanya Aidil pelik dengan kata-kata Alyaa tadi..

“Saya ni bukan anak orang yang awak jumpa hari tu..Saya anak sepasang suami isteri yang telah meninggalkan saya ketika berusia tujuh tahun bersama Haji Rasyid dan Hajah Fatimah..”jelas ALyaa sambil menunjukkan wajah..

“Maksud Alyaa kedua ibu bapa Alyaa..”tidak sempat Aidil meneruskan persoalannya..Alyaa telah pun memotong..

“Saya tak tahu mana mereka..Saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya..”jelas Alyaa yang kedengaran sayu..

“Boleh kita pulang?”tanya Alyaa sambil memaandang kearah lain..Aidil membuat bayaran dan pergi kearah Alyaa yang sudah bergerakk kearah keretanya..

“Kenapalah timbul perkara ni pulak?”bisik Aidil dalam hati…Aidil rasa bersalah..

Alyaa bergitu senyap di dalam kereta mungkin tiada topik untuk dibincangkan..Aidil juga bergitu kerana taak mahu menambahkan kesayuan haati Alyaa..Sesampai di hadapan rumah Alyaa..Aidil turun sekali apabila Alya mula membuka pintu kereta..

“Saya mintak maaf kalau awak..”sekali lagi kata-kata Aidil dipintas..

“Tak..Saya yang mulakan..”jelas Alyaa sambil memula langkahnya..

“Alyaa..Saya tak kisah..Sebab awak seorang yang begitu mulia bagi saya..Jadi saya harap tiada masalah yang boleh merunsingkan fikiran awak lagi..”harapan itu diberikan kepada Alyaa..

“Terima Kasih..Kirim salam keluarga Aidil nanti..Assalamualaikum..”ucap Alyaa sambil tersenyum..Entah mengapa hatinya begitu terubat dengan kata-kata Alyaa..

1 comment: