Sunday, November 15, 2009

Pada cintanya 10

10


“Abang dengan akak tak merancang berhoney moon ker?”soal Madi..

“Ye lah Dil..Kamu dah nak sebulan kahwin..Mama tengok korang ni asyik dengan kerja je?Kesian Leya..” pintas mamanya pula..

“Ma..Kalaulah kerja tak banyak Aidil dah lama pergi ma..Siapa tak nak berdua-duaan dengan isteri..”jawabnya selamber sambil tersengeh memandang isterinya..

“Takda la ma..Leya tak kisah pun..Lagipun Leya pun sibuk dengan kerja juga..”jawab Alyaa..Tengku Mariyam mengangguk kononnya faham..

“Abang ni la..Tiba-tiba nak lepas jawatanlah itu lah.ini lah....Kesian kat Aidil ni..Dengan nak jaga Delima Holdings lagi Malsiq Holdings lagi..Tak menang tangan anak tu..tengok yang menghadapinya orang perempuan juga yang kempunan nak jalan sini sana..”Bebel Tengku Mariyam kepada suaminya Tengku Iskandar..

“Eh awak ni..Kita pula yang disalahkan..Dah awak juga yang kata saya ni tiada masa dengan awak la..Itulah..Inilah..Ni saya duk rumah pencen ni ada la masanyakan?”balas Tengku Iskandar..berhambur tawa dalam rumah itu..

“Nanti dah tua agaknya berginilah gaduh rajuknya kita kan?bisik Aidil ditelinga Alyaa..Alyaa menganguk dan senyum suka..
Alyaa merasa bahagia hampir sebulan dia dirumah mentunya..Ada juga Aidil mengajaknya tinggal sendiri tapi keluarga Aidil membantah…Tapi bagi Alyaa dimana tempat suaminya itu berdiri di situlah tempat dia berlindung..Sungguh murni hatinya..

“Kamu berdua ni perli mak ke?”soal mamanya yang melihat gelagat anak dan menantunya..

“Mama ni..Ada-ada je lah..”jawab Aidil..

“Ma memandangkan hari ahad ni semua berkumpul..Apa kata kita pergi shopping ramai-ramai?”usul Madi dipersetujui dua lagi adiknya..

“A.ah ma.. Nadia dengan Sofia nak pergi beli bahan rujukan…Ada assignment nak buat..”usul Tengku Nadia yang dipersetujui adik kembarnya Tengku Sofia..

“Ok juga tu..Aidil cadang nak berjalan juga hari ni..”terang Aidil sekali..Alyaa sekadar mengangguk setuju…

“Mila malas la ma..Mila penat?”sampuk Mila juga..

“Kenapa pula?Kan semalam Mila kata nak beli barang baby..”tanya Sheikh Lokman kepada isterinya..

“Awak ni tak faham ke..Mila kata taknak..Taknak la..Awak pergi la dengan aanak awak tu..Saya tak betah berjalan dengan orang lain ni..”Mila berlalu pergi ke kamarnya..

“Biarlah Man..Kau bukan tak tahu anginnya satu badan..Tak bolehnya nak paksa-paksa sikit..”teguran itu diberi oleh bapa mentuanya..

“Mungkin sebab Alyaa..”perlahan kata-kata Alyaa namun mudah ditangkap suaminya..Aidil sekadar mengeleng menafikannya..

“Mila..”Panggilan Luna bertalu dengan ketukkan pintu bilik milik adik iparnya itu..Pintu dikuak namun Alyaa mendapati tiada sesiapa yang keluar..Alyaa sebenarnya berat hati meninggalkan adik iparnya sendirian dirumah itu..Dia kemudiaan menjenguk kedalam kamar itu..Dilihat wanita yang mengandung itu duduk di birai katil dengan buku ditangan..

“Mila..Emm jom lah..Pergi dengan along dan akak?”Alyaa mengajaknya dengan nada ceria berharap agar Mila bersetuju...

“Eish kau ni..Tak faham bahasa ke?Aku kata tak nak kan?”Begitu kasar balasan Mila kepada kakak iparnya..

“Emm akak tak sedap hati la kalau Mila sorang-sorang..Emm apa kata akak tak payah pergi?Akak teman Mila je?”Alyaa masih tidak kesah dengan kata-kata Mila tadi..

“Hey..Jangan ingat kau sopan baik aku suka sangat kat kau..Sorry ok..Aku tahu kau ni buat-buat je baik..Kau tengok abang aku handsome kaya kau nak mengikis la kan?Menunjuk la kan kat semua orang?Heh dah la aku bukan sebodoh along aku tu..”Balas Mila..Dengan bengis di wajahnya..Alyaaa sekadar mengeleng..

“Emm akak tak ada niat macam tu pun Mila..Akak tak kisah apa pun Mila nak cakap..Tapi bagi akak Mila tetap adik ipar akan yang akak sayang..Apa-apapun tomahan dari Mila tak mematahkan semangat akak untuk memastikan suatu hari nanti hubungan kesat ini pasti akan jernih..Emm Mila tak payah la marah-marah..Tak elok untuk bayi dalam perut tu..Emm Ok lah kalau macam tu biar akak pergi je lah..Mila jangan pergi mana-mana tau....”Alyaa berlalu..Mila pula berasa teramat geram dengan jawapan Alyaa yang bersahaja itu..

“Huh kau fikir aku boleh termakan kata-kata kau?Kalau hari tu plan aku tak berhasil kau tengok je lah hari yang mendatang..”Mila menjerit dibiliknya dengan pengakuan itu..Mila pernah memasukkan racun kedalam masakan Alyaa namun tiada sesiapa sempat menjamahnya kerana disangka basi..

Semua yang berada dirumah sudah pun pergi berberapa minit yang lalu..Di ketika itu Mila menerima panggilan..

“Hallo.?.”jawabnya..

“Hai Mila..Ini Mira kenal lagi tak?”suara itu milik bekas tunang Aidil suatu masa dulu..

“Ofcoz la aku ingat..Mira lamanya tak dengar khabar kau..Kau sihat?”tanyanya.

“Sihat sangat..Emm Aidil macam mana?”soal Mira..

“Dia..Dia dah kahwin sebulan lalu..Hmm tak berkenan langsung aku..Kan bagus kalau kau yang jadi bini along..”Mila sekadar mengungkit kisah lama..

“Semuanyaa salah along..Kalau la dia layan kau dengan elok tentu kau tak mintak putuskan?..Aku rasa perempuan ni dah bagi bomoh kan along..Kalau tak..Takkan along aku tu tergila-gilakan dia..”keras nada Mila sambil berjalan kehulu hilir membawa perut yang sudah nak masuk 8 bulan.

“Lagi pun kalau kau nak tahu..Dia tu haarap muke je cantik aku tau perangai dia serupaa setan..”Tambahnya lagi..

“Apsal kau diam ni?Ni kat mana ni beb?Jom jumpa?”Mila mengeluar usulnya...

“Kau salah faham la Mila..Aku..Aku yang tinggalkan along kau…Aku mintak putus sebab aku dah punya pilihan hati sendiri..Along kau yang putus harapan terhadap aku,..Aku yang tinggalkan dia..Aku menyesal Mila..Menyesal sangat..Sekarang aku dah putus dengan kekasih aku..Mungkin ini balasannya.. Lagi teruk lagi setelah kau bagi tahu along kau milik orang..punah harapan aku Mila..”jujur Mira kepada sahabatnya..Dia tidak mahu Mila salah anggap lagi tentang itu..Mila yang tadinyaa bergitu marah kini melopong mendengar pengakuan sahabatnya itu..Alangkah berkecai hatinya kerana selama ini dia terlampau mengharap kepada kawannnya itu…

“What?Apa kau mengarut ni? So semua ni datang dari kau? Kau ni memang perempuan yang teruk Mira?Sanggup kau buat begitu pada abang aku..Kau dah buat aku marah padanya..”tak sempat Mila menghabiskan kata-katanya..Mila tersandung jatuh selepas terpijak mainan anaknya..

“Abang tunggu kejap..”ulas Alyaa..Alyaa dan Aidil kembali kerumah kerana Alyaa tertinggal beg duitnya…

“Assalamualaikum..”Alyaa mengucap salam ketika masuk kerumah..Tidak berjawab salamnya..

“Mungkin Mila tidur..?”bisiknya perlahan..

“Akak…Tolong…”sayup-sayup melintasi telinga Alyaa..Alyaa panik dia memikirkaan perkara yang bukan-bukan..Alyaa terpandang sesusuk tubuh yang terbaring di tangga..

“Ya Allah Mila…”jerit Alyaa..Alyaa mendekati tubuh genit itu..Mila mengerang kesakitan …Alyaa mengerakkan badan Mila supaya terletak betul dilantai..

“Mila sabar..Akak panggil along..”ucap Alyaa kemudian berlari kearah muka pintu..Aidil yang tadi berada dalam kereta keluar kerana panas..

“Abang..Abang..”Aidil terdengar jeritan Alyaa dan kemudian ternampaak isterinyaa yang kelihatan panik..

“Alyaa kenapa?”soalnya risau memandangkan darah ditangan Alyaa

“Mila..Mila bang..Dia jatuh tangga..”jelas Alyaa dengan tangisan dipipi..Aidil yang panik terus belari mengikut Alyaa ke tempat kejadian..
Mila dikendong abangnya kemudian dimasukkan ke tempat duduk depan…Alyaa kemudian menekan luka dikepala Mila kerana tidak berhenti darah mengalir..Sambil itu Alyaa mengabarkan berita itu melalui handphone kepada ahli keluarga yang lain..

“Mila sabar..Mila mengucap banyak…”pinta Alyaa apabila Mila mengadu kesakitannya..

“Akak..Along maafkan Mila…”kata-kata Mila setibanya di hospital..

“Tak Mila tiada apa yang harus Mila cakap sekarang..”pintas Alyaa sambil mengekori Mila yang ditolak ke wad kecemasan..Mila sedang berada dalam bilik pembedahan tat kala ahli keluarga sampai kesana..
Aidil menceritakan situasi yang terjadi kepada keluarganya..Kelihatan suami Mila tidak senang duduk..Mukanya penuh dengan kerisauan..

“Mintak maaf Encik..Puan Mila kekuranggan darah jenis O.Pihak hospital pula kekurangan bekalan sekarang...Ada tak dikalangan ahli keluarga yang memiliki darah jenis ni?”Soal Dokter yang bertugas..

“Ada..Kembarnya..Tapi Madi tak balik lagi dari Pahang..”ucap Tengku Iskandar..
Alyaa mengeluarkan kad kecil dari dompetnya..

“Dokter..”panggil Alyaa sambil menunjukkan kad kepada dokter itu..

“Ya Puan kami memerlukan darah jenis ini..Nurse tolong bawakan Puan ni untuk menderma darahnya..”ucap Dokter sambil Alyaa menghulurkan dompetnya kepada Aidil..Dia mengikuti nurse dari belakang..Ahli keluaarga yang lain bergitu lega kerana Alyaa sanggup membantu Mila…
Aidil sedang menunggu Alyaa yang sedang menderma darah buat adikya..Aidil yang memegang dompet Alyaa mula membukanya..Tersenyum seketika kerana terpandangkan gambar passport miliknya diletakkan bersebelahan gambar Alyaa..Tat kala itu Aidil terpandang kad pengenalan Alyaa..

“Tengku Alyaa Qalilah binti Tengku Adnan Ibrahim..”desisnya..Tak silapnya dia pernah terdengar nama Tengku Adnan tapi dia tak ingat dimana.Alyaa mendekati suaminya yang termenung itu..

“Abang?”ucap Alyaa..Aidil yang tesedar menarik Alyaa supaya duduk disebelahnya..

“Kenapa?Abang jumpa apa dalam dompet Leya tu?”tanya Alyaa mengusik..

“Handsome betul gambar laki ni..Siapa dia?Pakwa leya ek?”usiknya pula..Alyaa menarik hidung Aidil kerana gurauan itu..berbunga hati Aidil seketika..

“Oh ya..Leya…Abang baru teringat nak tanya..”ucapnya sambil menunjukkan kad pengenalan Alyaa..Alyaa faham dengan rujukan yang diberi..Pastinya berkenaan namanya..

“Nama betul Alyaa..Kenapa?”soalnya pula..

“Leya tak pernah bagi tau abang pun..Mujur masa angkat nikah abang dengar betul-betul…Kalau tak mesti berpuluh kali punya la..”jelasnya sambil menunjukkan muka beriya-iya..Alyaa tersenyum dengan terlatah suaminya itu..

“Alyaa lupa la bang ..sorry sayang..”bisik ALyaa..Aidil hanya tersenyum bangga dengan kata-kata isterinya..Ada kucupan didahi Alyaa..

“Nanti abang ganti darah leya ya?”Kata-kata itu disambut gelak oleh Leya..Sempat jugaa dia bergurau ketika itu..

“Dokter bagaimana isteri dan anak saya?”Kedengaran suara Sheikh Lukman ..Alyaa daan Aidil bangun mendekati mereka yang lain..

“Alhamdulillah..Mereka selamat..Encik dapat anak perempuan..”ucap dokter sambil menepuk nepuk lengan Lukman..

“Alhamdulilah syukur terima kasih dokter..”lepas Alyaa pula..

“Terima kasih kak..Kalau bukan akak tolong mungkin terjadi sesuatu pada Mila..”ucapan terima kasih yang tak terhinga datang dari Lukman..Aidil yang merasa bangga dengan keikhlasan isterinya memberikan kucupan sekali lagi di dahi Alyaa..

2 comments:

  1. huh..sowi lambat... meng edit n terbusy le pulak..enjoy ok...

    ReplyDelete
  2. nasib baik la alyaa leh patah balik tgk si mila tu.
    kalo tak, pe la yg jd nnt.
    sambung2...

    ReplyDelete