Monday, November 9, 2009

Pada cintanya 9

9


Dengan sekali lafaz Alyaa sudah pun menjadi milik seorang suami bernama Tengku Shahriz Aidil..Selesai solat sunat pengantin lelaki akan berhadapan dengan gadis yang sudah menjadi miliknya..

“Mer?Tengku Alyaa Qalilah Tangku Adnan Ibrahim…Aku sebut betulkan?But.. kenapa namanya ada tambahan ek?”bisik Aidil kepada Ammer..

“Tu la pasal..Aku tanya ayah engku..Ayah engku cakap itu nama sebenar Alyaa dalam IC..Well nanti kau boleh tanya apa..Jangan rungsing tak baik..”penjelasan Ammer menghamburkan tawa mereka..
Alyaa cukup manis dengan pakaian baju rona putih dan kain kelabu serta tudung yang cantik terhias melindungi mahkota wanita miliknya…Buat kali pertama Aidil memandang seorang wanita yang dicintainya begitu asyik..

“Rasa macam melihat bidadari syurga.”desis hatinya bangga..Pasangan mempelai bertukar sarungan cincin emas putih pilihan Aidil sendiri..Alyaa menghulurkan salam dan dicium tangan suaminya penuh kesyahduan..Tersentuh hati Aidil..

“Abang akan sentiasa membahagiakan Leya isteriku..”ucapan itu dilengkapi dengan ciuman di umbun-umbun Alyaa..Alyaa yang begitu terharu telah pun menggugurkan air mata dan sempat diseka Aidil...
Majlis di rumah Alyaa disambut dengan sederhana kerana itu adalah permintaan Alyaa..Lagipun hari esoknya akan bermula majlis menerima menantu dirumah keluarga Aidil pasti akan diadakan besar-besaran..Aidil dan Alyaa sibuk melayan tetamu yang datang..

“Alyaa..Kenapa?”soalan itu di tanya oleh Aidil kepada isterinya yang kelihatan mencari-cari kelibat seseorang..

“Dari awal tadi Alyaa tak nampak pun Mila bang?Sheikh Lukman ada..”ujar Alyaa sambil menunjukkan jari kearah birasnya..

“Entah..Mila memang macam tu dia mungkin masih marahkan abang..”Kata Aidil lagi…

“Kenapa?”tanya Alyaa mahukan penjelasan..Tapi tak sempat dijawab Aidil kerana Aidil sedang berbual dengan salah seorang tetamu yang hadir..

“Hai pengantin..Kenapa ni?Abang gi jauh dah panik ya?”usikan itu daatangnya dari Emma..

“Emma..Kau ni…Teruk betul…Dah la datang lambat…”runggut Alyaa berpura merajuk..

“Eleh merajuk..Meh aku suh abang pujuk nak?”Alyaa membeliakkan mata membalas usikkan rakannya..

“Sorry la sayang..Akukan bagi tau kau yang cousin aku pun kahwin juga..So aku pergi la tunjuk muka..Baru datang sini..”jelas Emma kesal juga sebab lewat sampai ke majlis Alyaa..

“Takpa Emma kau hadir ni pun dah satu kesyukuran bagi aku…”ikhlas kata-kata Alyaa..

“Hai sayang kenapa lewat sangat ni?”Alyaa terkejut dengan teguran Ammer kepada Emma..

“Emma kau dengan Ammer??”Alyaa bertanya..

“Mereka sepatutnya ucap terima kasih kat kita Leya..Kalau bukan kita tentu mereka tak berjumpa..”suara penuh bangga itu di luahkan Aidil kepada Alyaa..

“Ek eleh..Bangga la sangat..Kalau bukan korang pun jodoh tu tak kemana tau..”ucap Ammer kepada Aidil sambil berpura menumbuk peruk Aidil..

“Jodoh? Kau faham ke makna jodoh tu Mer?.. Jodoh tu bukan senang-senang datang tau..Sebab itu gunanya pancaindera..”Aidil berfalsafah..

“Ape kena la kau ni berfalsafah bebagai..Ni mesti penyakit baru datang selepas akad nikah nikan?Kau belajar dengan tok kadi tu ek?”gurau Ammer..Mereka tergelak di situ..

“Kau tak faham Mer..Sebab pancaindera aku ni lah aku pasti Alyaa jodoh aku..”bangga ucapan Aidil..Alyaa yang sejak tadi mendengar kini mula mempersoal..

“Gunakan seluruh pancaindera,jodoh adalah sesuatu yang sudah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa…Tapi bagaimana untuk kita tahu dia adalah jodoh sebenar untuk kita? Gunakan mata melihat sifat kesopananya..Gunakan mata hati melihat akhlak serta kejujurannya..Hormati dirinya sebagai wanita yang mulia agar kita juga merasa dihormati dengan penuh keikhlasan..Yang penting doalah dengan seluruh jiwa raga kita kepada Allah s.w.t agar di tunjukkan jodoh jelas dimata kita..”begitu terang hingga membuat Alyaa amat menyanjung suaminya itu..

“Wow ..Pelik la kau ni..Mana kau belajar ni?”tanya Ammer yang begitu teruja mendengar..

“Bapak mentua aku..”ledakan ketawa meriuhkan suasana mereka berempat..

“So Aidil kau bermalam kat sini ke?”soalan cepu emas yang diberikan Ammer sambil tersenyum bermakna selepas Alyaa dan Emma pergi kearah teman-teman mereka..

“Tak manis tau..Nanti hilang seri pengantin masa reception kat rumah kau..”usikan Ammer hanya menambahkan tawa..

“Gila kau..Takde maknanya..Aku tahu la apa itu sabar....”tambah Aidil..Sekali lagi menghamburkan tawa dan usik mengusik..Aidil dan Ammer sememangnya rapat sejak kecil lagi usik-usikan senda gurauan menjadi makanan mereka berdua..Fahamlah semua orang dengan perangai gila-gila mereka..

Majlis menerima menantu sememangnya besar-besaran maklumlah adat keluarga yang berkeluaga besar dan ternama..

“So you la Alya?Takda lah hebat mana?”perli Sarah yang makan hati berulam jantung melihat majlis yang sepatutnya dirinya menjadi watak utama..Alyaa tidak membalas kata-kata Sarah kerana dia tidak mahu merosakkan majlisnya..Alyaa berlalu kearah adik iparnya..

“Mila ok?Dah makan ke belum?”tanya Alyaa mesra kepada adik iparnya setelah melihat Mila duduk sendirian...

“Tak payah la kau baik sangat dengan aku..Aku bukan suka sangat kau kahwin dengan along aku?”ucap Mila kasar…Lain benar hati perutnya..

“Takpa la Mila akak tak kesah apa Mila nak kata..Sebab Mila tetap adik kepada suami akak..”keterangan Alyaa amat menyakitkan hati Mila..Mila berlalu membawa diri..Bagi Alyaa Mila punyai masalahnya tersendiri sebab itu dia bersikap demikian..

“Manakan pula dia mahu mengaku aku sebagai kakak iparnya lagipun kami sama umur..”…Alyaa sekadar memujuk hatinya..

“Fuhh penat betul..”Aidil mengomel..

“Ni lah kalau majlis kahwin..Alangkah pelik orang yang kahwin empat tu..”desisnya sendiri di balkoni biliknya..

“Aik dah teringin nak kahwin lagi?”soal Alyaa kerana terdengar ngomelan suaminya..Aidil mengeleng sambil mengangkat tangan kononya surrender..Alyaa hadir dengan membawa secawan teh tarik dan duduk bersebelahan Aidil..Fikirnya tentu Aidil penat melayan tetamu yang sebegitu ramai..Alyaa apa kurangnya..Semua yang hadir pasti ingin melihat wanita pilihan hati Tengku Shahriz Aidil..Ada yang memuji ada juga yang memerli..

“Hmm macam-macam jenis manusia..”desisnya..

“Alyaa penat?”lembut suara itu didengari Alyaa..Alyaa hanya mengeleng..

“Mesti penat layan family abang kan?Dah la ramai…Tetamunya peh…Betul abang surrender..”Aidil sekali lagi membuat Alyaa tersenyum gembira..

“Abang nih..”usul Alyaa sambil tertawa..

“Apa yang membuat abang yakin memiliki Alyaa?”soal Alyaa tiba-tiba sambil memandang suami yang disisinya..Aidil membetulkan kedudukannya supaya dapat berada dihadapan isterinya itu..

“Kerana Abang mula menyintai Alyaa..”jelas kedengaran di telinga Alyaa..Apabilaa mata mereka bertaut..Alyaa akan menundukkan wajahnya..Malu bertentangan mata..Tindakan Alyaa itu menyebabkan Aidil memberikan ciuman di dahinya..Sesungguhnya malam itu menjadi saksi cinta Aidil kepada Alyaa..

2 comments:

  1. OK..DAH MASUK SATU LAGI...DAN DAH BANYAK BAB SIAP...TAPI KENA MASUK SIKIT2 LA..NAK NENGOK RESPON DAN SAJE BUAT U ALLS TERTUNGGU2...HUHU THX 4 SUDI BAACA CERITAA YANG X SEBERAPA NI..DAAH MACAM2 SANGAAT KOMEN KAN ADE YANG SAME MCM ITU LA INI LAA..TAPI I JUST BUAT SUKE HATI I LA..INIKAN CERITA I..AND HEPI LA ADA JUGA ORG SUKA..THX SANGAT SEKURG-KURGNY I JUST DO MY BEST..DAN AKAN CUBA PUASKAN HATI PEMBACA..HAPPY READING GUYS..RASANYA NAK MASUKKAN SATU LAGI CERITA BARU LAH..kORANG NAAK BACE KER?EMM NNTI LA OK..=P

    ReplyDelete
  2. Mila tu.. dia tak suka alyaa sebab abg dia tak jadi kawin dgn kwn dia si Mira tu ye?
    ish,, ni bru je kawin.
    abislah.. konflik mesti byk ni.
    dgn sarah nye.. mila nye.. mira nye..
    huhuhu... nak lagi!! sambung cepat2 la cik writer tau!!
    kasi yg romantik lg! hahaha..

    ReplyDelete