Wednesday, October 21, 2009

Pada cintanya 7

7


“Amacam Dil dah siap persiapan nak kahwin?”usikan itu datangnya dari Ammer yang melewati pejbat Aidil..

“Masuklah Mer..Tak payah la peril-perli aku dari jauh..”berderai tawa mereka berdua..

“Tak sangkakan lagi seminggu kau nak kahwin..”usik Ammer..

“Hmm..”ringkas jawapan Aidil..

“Aik..bukan ke kau beria sangat nak kahwin?Ni muka macam ada masalah je?Apa hal hah?”bertubi soalan Ammer..

“Kau tahukan Alyaa tu anak angkat…So Haji Rasyid tengah cari wali Alyaa yang sebenar..”jelas Aidil..

“La itu yang kau runsingkan..Memang betul la kau ni kemarok nak bebini la Dil..”usik Ammer lagi..Dengan selamber Aidil membaling pennya kedada Ammer..Ammer tidak mengelak..

“Kau ni aku belum habis cakap la…Aku tengah fikir bagaimana perasaan anak yang ditinggalkan tu nak bertemu dengan walinya..”terang kata-kata Aidil..

“Oh..emm betul juga..Ayah dia tak pernah cari dia pun kan..Tak faham betul aku..”tambah Ammer lagi..

“Mak engku dengan ayah engku tahukan semua ni..Mereka tak kisah ke?”tanya Ammer..

“Tak..Mereka tak kesah..”jelas Aidil..

“Diorang dah penat la nak bebeta dengan kau kan?”usik Ammer..

“Kau ni tak abes-abes mengusik..”marah Aidil..

“La kata nak kawin..Selalunya pengantin mesti kena usik sebelum jumpa tok kadi ye tak?”usiknya lagi..Aidil sekadar ketawa dengan usikan itu..

“Aku rasakan kau ni mesti dah angaukan? Sebab sejak sebulan kau kenal Alyaa dan kali ni nak kahwin pulak tu mesti kau tangkap cinta kan?”usikkan Ammer kali ini begitu menyentuh hati Aidil..

“Entah aku tak pasti..Aku tak tahu..Sejak aku tak jadi dengan Mira..Aku dah tak tahu apa perasaan aku..”jelas Aidil..

“Mira..Kau still ingat dia ke? Setahu aku sejak kau kenal Alyaa kau tak pernah sebut pasal dia?”Ammer menggigatkan Aidil..

“Memang kehadiran Alyaa melupakan aku pada Mira..Dan aku bersyukur sangat..Semarah mana pun adik aku Mila sebab aku putus dengan kawannya Mira aku tak pernah kesah..Sebab semua salah Mira..”kata-kata Aidil disambut anggukan Ammer..

“Baguslah..So tak terfikir ke nak batalkan perjanjian kau dengan Alyaa?”kata-kata penuh bermakna Ammer ungkapkan..

“Kau ni..Aku tak pasti la perasaan aku dekat Alyaa…Alyaa pun belum tentu suka aku ni.. Karang terus tak jadi..Mati aku..”jelas Aidil..

“Kalau taknak takpa..Tapi rugi..”kata-kata Ammer dengan bergitu bermakna..ledakan ketawa sekali lagi meletus di pejabat mereka..

“Mira mintak maaf bang..Mira tak dapat nak terusakan semua ini..Mira adasudah punyai seorang yang amat meyayangi Mira…”kata-kata itu pantas dipotong..

“Apa maksud Mira?..Mira sedarkan kita akan berkahwin minggu depan?”tanya Aidil kembali..

“Mira mintak maaf..Nira tak sanggup lukakan hati sesiapa..Mira tak maahu semuaa ini berlanjutan..Mira tiada hati dengan abang..Mira takut menyesal..”jawab Mira jujur..

“Abang dah pun terluka Mira..Sampai hati Mira lakukan semua ini..Mana janji-janji Mira?Ucapan sayang Mira? Rupanya semua itu tipu ye?Mira permain perasaan yang abang curahkan pada Mira?”garau suara itu menahan marah..

“Mira tahu abang marah..Abang sepatutnya tahu Mira Cuma ikut cakap ibu Mira..Mira tak pernah sayangkan abang..Mira tak sukakan abang…Abang mira akan pergi ke London lusa..Tolong jangan halang Mira…Tolong jangan pernah bagi tahu semua ini kepada abah dan ibu Mira…Biarkan mira sendiri..Lupakan Mira…”luahan terakhir itu dikenang Aidil..Entah mengapa dia teringat kembali peristiwa yang menghancurkan harapan dirinya dan keluarga..
Aidil tersedar apabila Siti maasuk menghantar fail yang diminta..

“Siti hari ni saya tiada appoimentkan?”soalnya minta kepastian..

“Em tiada..Tapi ada satu meeting pemasaran pukul 4 nanti..”jawab Siti sambil member tahu jadual Aidil..

“Emm kalau macam tu awak pesan Encik Ammer suruh dia uruskan meeting tu..”jawabnya selamber..

“Tengku nak kemana?”tanyanya kembali..

“Emm saya nak keluar adahal sikit..Personal..”jawab Aidil sambil memakai coat nya kembali kebadan..

“Kalau begitu Tengku saya nak mintak balik awal boleh? Maksud saya selepas pukul empat..”Siti meminta kebenaran Aidil..Aidil memandang wanita yang sarat mengandung itu dengan senyuman..

“Mesti suaminya nak bawa dia shopping baju anak”..tekanya sendiri..

“Boleh..Awak suruh Ammer uruskan meeting tu ya..”Aidil yang berlalu..
Jam ditangan di menunjukkan tepat pukul 3.30petang..Aidil sedang menunggu Alyaa di ruang pejabatnya..

“Encik..Sebentar lagi meeting habis la..Encik nak minum apa-apa ke?”soalan itu di tanya Shida..

“Tak pe la..Saya tunngu saja..”jawabnya sambil tersenyum..Pintu yang dibuka itu kebali ditutup Shida..Aidil me,erhati ruang pejabat Alyaa yang sederhana besarnya..

“Selesa..”Bisiknya..Aidil terpandang sebuah album gambar..Di beleknya satu persatu..Dia memerhati gambar gadis yang bernama Alyaa..

“Cantik..”desisnya sambil mengeluarkan gambar yang menarik pandangannya..Dia pantas menyorokkan gambar itu di poket bahagian dalam coat apabila terdengar suara Shida memberitahu kehadir Aidil kepada Alyaa..

“Assalamualaikum?.”salam diberi Alyaa di sambut Aidil dengan senyuman manis..Agak terkejut juga dengan kehadiran Aidil yang datang dengan tiba-tiba..

“Kenapa datang tak bagi tahu?”tanya Alyaa yang kaget..

“Saja je..Saya nak nengok awak..”jawabnya selamber..Sejak hari keluarga Aidil datang kerumah Alyaa untuk minta persetujuan mereka tidak berjumpa lagi kerana masing-masing sibuk membuat persiapan..Keluarga Aidil tidak mahu pertunangan di jalankan kerana mamanya agak kecewa dengan peristiwa dulu..Oleh kerana itu juga perkahwinanya dipercepatkan…

“Huh?Datang nengok pula?”Alyaa tidak faham..

“Saya sebenarnya nak ajak awak keluar..Emm kitakan belum beli cincin?Mama dah bising sangat kat rumah tu..”jawabnya sambil tertawa..

“Ohh..saya ingat apa la tadi..”ucap Alyaa..Mereka berjalan beriringan keluar..Mata-mata yang ada disana sungguh terpegun dengan mereka berdua..

“Sama catik sama padan woo..”ucap Alex dalam pelat cinanya kepada Qina..

“Memang la..Kau tengok la dua-dua anak Tengku maa..”jawab Qina..

“Eh tapi aku tak pernah dengar pun Cik Alyaa tu anak tengku..Parent dia bukan orang biasa ke?”Tanya Lokman pula…

“Eish korang ni ketinggalan betul la..Cik Alyaa tu memang anak Tengku…Tapi dia terpisah dengan parent dia masa kecil..So parent sekarang tu ayah mak angkat je..”jawab Saalena pula..

“Mana korang tahu ni?”Shida menyampuk dari belakang..

“Emm saya pernah terdengar dulu masa Cik Alyaa berborak dengan Cik Emma..”jawab Shida..

“Memang la Cik Alyaa tu anak tengku..But yang terpisah-pisah tu kau tak tahukan..So baik jangan sibuk..Dengar dek diorang susah nanti…”Shida sekadar mahu menghentikan segala kekecohan dipejabatnya..

“Emm yang ni cantik sangatkan..Sesuai..Kita pilih ni ye?”ucap Aidil berharap ini adalah kedai terakhir mereka..

“Susah juga perempuan ni kalau ajak bershopping memilih sangat..Mahal la..Apa la..”ngomelnya sendiri..Alyaa yang mula sedar amungkin Aidil rimas dengan dirinya yang seakan terlalu memilih..Alyaa cuma mahukan sesuatu yang simple tapi tak semahal yang dipilih Aidil…

“emm ok la..”sedikit saja jawapan Alyaa taapi cukup melegakan Aidil..

“Emm lepas ni kita pergi minum…Lenguh pulak rasa kaki ni…”Aidil sekadar mengusik..

“Aik perli ker?Tadi Leya kata nak pilih dan cari sendiri awak tak kasi…”Alyaaa membaalas
sambil Aidil mencebik..
Alyaa yang datng dari toilet mendapati Aidil sedang termenung sedirian di meja..Alyaa melambai-lambaikan tangannya..Tiada respon..

“Kenapa tak makan desert tu?Dah cair pun..”Alyaa cuba menyedarkan Aidil..Masih tiada respon..

“Aik tertidur ke?Mata terbeliak je ni?”desis Alyaa sendiri..Alyaa akhirnya mencuit tangan Aidil..Aidil yang tesedar mula mengelabah..

“Alamak bila masa pula dia kat sini?”tanyanya berbisik sendiri..

“Awak fikir apa sampai tak sedar saya kaat depan ni?Tanya Alyaa ikhlas ingin tahu..

“Saya terfikirkan peristiwa lama..Sorry saya tak perasan awak…”jawabnya..Dia memang sedang terfikirkaan lagi peristiwanya dengan Mira..Bertapa bahagianya dia dulu..Tapi kini dia membuat keputusan memilih gadis yang berada di hadapanya..

“Boleh saya tahu?”Alyaa sekadar mencuba nasib..

“Emm satu hari nanti awak mesti akan tahu..”Aidil menjawabnya..Alyaa mengangguk faham..

“Mungkin ianya sesuatu yang peribadi..”Alyaa sekadar meneka dalam hati..Entah kenapa Alyaa ingin mengetahui segala-gala yang tersurat di hati lelaki yang akan bergelar suaminya tak lama lagi..Walaupun perkahwinan yang tiba-tiba..Aidil akan menjadi suaminya.Mungkin ini jodoh yang diberi tuhan..Dan dia tidak mampu menolak kerana melihat keikhlasan lelaki itu…. Dia cuma berharap lelaki ini mampu membahagiakannya tanpa sebarang dokumen perjanjian..

“Emm hantar saya ke pejabat ya..Saya bawa kereta pergi kerja tadi…”Alyaa mula bersuara setelah mereka berdua menyepi seketika..Aidil hanya mengangguk perlahan..

2 comments: